A+ A A-

Politeknik Brunei pelajari aplikasi NrgEdge

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 10 Oktober. - Politeknik Brunei sentiasa bekerjasama dengan industri dan rakan-rakan untuk terus meningkatkan kualiti serta pencapaiannya sejajar dengan penubuhannya.

Menurut Siaran Akhbar Politeknik Brunei, pada 6 Oktober lalu seramai 36 penuntut dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Petroleum telah menghadiri sesi 'webinar' dengan NrgEdge Pte. Ltd. yang diadakan di Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Kampus Lumut Politeknik Brunei.

Tujuan sesi 'webinar' itu bagi memperkenalkan aplikasi perisian NrgEdge kepada pelajar, perisian yang dicipta oleh NrgEdge Pte. Ltd. yang bertindak sebagai platform yang membolehkan profesional dalam industri tenaga juga pelajar-pelajar yang berhasrat memasuki industri tersebut untuk berinteraksi, membina rangkaian, profil kerjaya dan berkongsi perjalanan hidup.

101016 PB-NGR PR-2

PARA penuntut dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Petroleum telah menghadiri sesi 'webinar' dengan NrgEdge Pte. Ltd. yang diadakan di Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Kampus Lumut Politeknik Brunei.

Sesi Webinar telah dikendalikan oleh Pakar Perkembangan dan Perkongsian NrgEdge, Encik Mohd. Anas Asalem.

Acara dimulakan dengan sesi perkongsian oleh Encik Mohd. Anas diikuti dengan pengenalan pada aplikasi perisian NrgEdge.

Beberapa ciri-ciri perisian termasuklah maklumat terkini berita industri tenaga dan teknologi, akses pada projek-projek tenaga yang berlaku dalam industri, chat forum untuk berkongsi dan mengakses idea-idea baharu, pangkalan data komprehensif peluang pekerjaan, membina pasport kerjaya juga yang paling penting, membolehkan pelajar untuk berhubung dengan golongan profesional.

Perisian NrgEdge boleh dimuat turun secara percuma melalui 'Google Play' atau 'App Store'.

Politeknik Brunei sentiasa bekerjasama dengan industri dan rakan-rakan untuk mengadakan acara yang sama.

Matlamat utama kerjasama itu adalah untuk mengikuti perkembangan dengan teknologi terkini dan untuk rangkaian.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel