A+ A A-

LUMUT. - Perasmian Politeknik Brunei (PB) IET Student On Campus Group berperanan bagi menambah pengetahuan melalui sains global, Komuniti kejuruteraan dan teknologi bagi meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia.

Ia telah dirasmikan pada 11 Mei lalu oleh Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Denis Ho Mun Tai dan Pengerusi IET Brunei, Simon Leong Kian Ann.

Misinya untuk membuka satu rangkaian pengetahuan fleksibel dan global yang disokong oleh individu-individu, syarikat-syarikat dan institusi-institusi dan dibantu oleh IET dan ahli-ahlinya.

IET merupakan masyarakat profesional yang terkemuka di dunia untuk komuniti kejuruteraan dan teknologi yang mempunyai lebh daripada 150,000 ahli di 127 buah negara dan pejabat-pejabat di Eropah, Amerika Utara dan Asia Pasifik.

IET menyediakan rangkaian pengetahuan global untuk memudahkan pertukaran idea-idea dan menggalakkan peranan positif sains, kejuruteraan dan teknologi di dunia.

Keahlian pelajar-pelajar Campus PB IET terbuka kepada mana-mana pelajar sains atau kejuruteraan yang ingin menggalakkan STEM, rangkaian profesional dan belajar tentang teknologi terkini.

250516 NOR2 IET

SESI bergambar ramai.

Sebagai ahli pelajar IET, ahli-ahli mempunyai akses penuh kepada perkhidmatan IET dalam talian dan sumber-sumber untuk penerbitan IET yang boleh membantu mereka dengan pelajaran.

Ahli IET Group Stundent On Campus mempunyai akses penuh pada perkhidmatan-perkhidmatan atas talian IET dan sumber-sumber penerbitan IET yang dapat membantu dalam pembelajaran mereka.

IET merupakan duta untuk kejuruteraan dan IET secara keseluruhannya, pemimpin-pemimpin masa depan yang akan memberi inspirasi dan mempengaruhi pelajar-pelajar lain di kampus. IET akan sentiasa menyebarkan berita tentang kejuruteraan dan kepentingannya kepada masyarakat.

Ini telah menggambarkan dalam visi pekerjaan kami untuk membina satu dunia yang baik dan misi kami untuk memberi inspirasi dan mempengaruhi komuniti kejuruteraan global dan menyokong inovasi teknologi bagi memenuhi keperluan masyarakat.

Menjadi duta STEM, ahli IET Group Stundent On Campus menggalakkan ahli-ahli untuk menjadi duta STEM dan bekerja dalam komuniti tempatan untuk memberi inspirasi kepada penuntut sekolah untuk mempelajari subjek-subjek yang berkaitan yang akan menjurus pada kerjaya kejuruteraan dan teknologi.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut sila layari laman sesawang http://www.theiet.org/students/you-and-iet/on-campus/overview.cfm.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel