A+ A A-

TUNGKU, Sabtu, 14 Mei. - Timbalan Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar berkata tidak dinafikan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar sekolah-sekolah swasta setiap tahun telah menjelmakan satu ekosistem yang dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan pencapaian kebangsaan bagi peperiksaan awam.

Dengan pencapaian sekolah-sekolah swasta yang konsisten jelasnya, telah menyumbang kepada penghasilan pelajar tempatan yang berpotensi tinggi dan cemerlang dalam berbagai bidang.

Yang Mulia menyatakan perkara tersebut pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Swasta dan Senegara, Tahun 2015 yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam, di sini.

Yang Mulia juga menyentuh mengenai kualiti pendidikan, Kementerian Pendidikan mengenai Inisiatif Pendidikan Rendah (IPR) dan Inisiatif Pendidikan Menengah (IPM) yang menetapkan sasaran pencapaian sekolah-sekolah serta maktab kerajaan bagi tahun 2017 iaitu 90 peratus memperolehi gred A - C dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR), dan 60 peratus memperolehi sekurang-kurang lima kredit dalam peperiksaan 'O' level.

Sasaran ini jelasnya, adalah dihasratkan sebagai satu pemangkin bagi menuju ke arah pencapaian Wawasan Negara 2035 iaitu melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

Di samping itu, Yang Mulia juga menyentuh mengenai para pelajar mestilah juga bertekad untuk menjadi generasi yang mampu hidup berdaya saing secara sihat, berdisiplin, berinovatif, kreatif dan bersifat terbuka untuk menerima apa jua teguran dan cabaran, di samping harus mempunyai sifat-sifat terpuji yang boleh dicontohi kelak oleh generasi seterusnya.

Dalam pada itu Yang Mulia menyeru dan menyarankan supaya institusi-institusi pendidikan swasta akan sentiasa mematuhi segala akta dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, di samping menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berautoriti yang berkenaan dalam membantu institusi-institusi pendidikan swasta untuk menggerakkan program dan aktiviti mereka dengan lancar dan akan terus maju jaya.

Para pengusaha sekolah-sekolah swasta hendaklah juga sentiasa memastikan kualiti perkhidmatan pendidikan dan pengurusan sekolah berada di tahap yang tinggi dan cemerlang supaya dasar pendidikan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya memenuhi sasaran dengan berpandukan Akta Pendidikan Penggal 210.

Yang Mulia juga menyeru kepada semua pemimpin sekolah khasnya dan para guru amnya untuk terus berusaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing, dengan menyediakan program-program yang dapat memberikan impak positif yang berterusan dalam memaksimakan potensi semua pelajar.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel