A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 Februari. - Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong meneruskan siri lawatan kerja ke institusi-institusi pendidikan di seluruh negara dengan lawatan ke Sekolah Rendah Dato Othman dan Sekolah Menengah Lambak Kiri.

Ketibaan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar dan rombongan di Sekolah Rendah Dato Othman dialu-alukan oleh Pemangku Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Norsalijah binti Haji Mohd. Ali.
Sesi lawatan Menteri Pendidikan dan rombongan dimulakan dengan lawatan ke beberapa buah bilik darjah dan meninjau pengajaran yang sedang dijalankan di mana Yang Berhormat berbual dan dan meneliti buku latihan pelajar.

Sesi lawatan diakhiri dengan taklimat disampaikan oleh Pemangku Guru Besar sekolah tersebut mengenai maklumat ringkas sekolah dan juga mengongsikan laporan berhubung dengan pencapaian sekolah dalam peperiksaan PSR 2012.

Yang Berhormat menyarankan agar pendekatan yang digunakan oleh para guru perlu dipelbagaikan agar dapat mendidik pelajar-pelajar yang berlainan tahap keupayaan.

Pendekatan pembelajaran perlu berbentuk fleksibel, 'student-centered' dan juga tidak seharusnya berpegang kepada panduan buku teks, malah seharusnya dapat digunakan sebagai ukuran perkembangan seseorang pelajar.

Pada masa yang sama, penglibatan murid yang aktif dalam pengajaran adalah juga diperlukan dan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam konsep asas numerasi dan literasi akan dapat memastikan kefahaman murid terhadap mata pelajaran yang diajarkan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan meneruskan lawatan ke Sekolah Menengah Lambak Kiri.

Ketibaan Yang Berhormat dan rombongan dialu-alukan oleh Pengetua sekolah berkenaan, Dayang Ivey Chew Kim Kee dan diteruskan dengan sesi taklimat.

Dalam sesi taklimat ini, Yang Berhormat mengambil perhatian mengenai beberapa program yang dikendalikan oleh sekolah tersebut pada meningkatkan prestasi akademik dan juga motivasi pelajar.

Pihak sekolah mengongsikan sebuah program peningkatan pelajar yang digelar Academic Support Program (ASP) yang telah diperkenalkan bagi memberikan pemerhatian dan bimbingan lanjut terhadap kemahiran asas pelajar-pelajar terutamanya di dalam bidang numerasi dan literasi.

Program tersebut dijalankan bersama program-program Kementerian Pendidikan yang sedia ada seperti TIARA dan PEKA.

Sesi taklimat tersebut juga telah memberikan peluang bagi mendapatkan maklumat tentang keberkesanan program-program yang dijalankan serta kaedah-kaedah dan cabaran mengajar kemahiran-kemahiran asas terutamanya yang terdapat di dalam pendidikan Bahasa Inggeris dan Matematik.

Turut sama dalam lawatan ini ialah pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel