A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 April. - Seramai 68 pelajar Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Jerudong menerima anugerah masing-masing setelah berjaya meraih keputusan cemerlang dalam Peperiksaan GCE Peringkat 'O' 2015.

Daripada jumlah tersebut, seorang pelajar meraih 9 'O', 20 pelajar meraih 8 'O', 20 orang lagi meraih 7 'O', sementara sembilan pelajar memperolehi 6 'O' dan lapan pelajar memperolehi 5 'O'.

Anugerah Pelajar Cemerlang diberikan kepada Awang Abdul Aziz bin Abdul Rahim dengan mendapat 9 'O', Anugerah Pelajar Contoh diterima oleh Awang Mohammad Affiq bin Jufferi dan Anugerah Potensi Pelajar diraih oleh Dayang Nurul Diyana binti Haji Morsidi.

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang tersebut ialah Ketua Kluster 2, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Metussin bin Haji Jais, berlangsung di sekolah berkenaan di sini.

Turut menerima sijil pencapaian ialah pelajar dari BTEC Diploma Level 2 dalam Art, Design dan Program Media manakala pelajar dalam Program MP3 juga diberi berdasarkan prestasi akademik dan melalui peningkatan positif mereka.

Majlis antara lain bertujuan untuk meraikan usaha serta kerja keras para pelajar dan juga untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk cemerlang dalam akademik mereka terutama kepada mereka yang akan mengambil Peperiksaan  GCSE Peringkat 'O' dan Peperiksaan IGCSE tahun ini.

Secara keseluruhannya, hasil tahun ini telah menunjukkan pencapaian dan peningkatan yang positif dan memberangsangkan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengetua sekolah tersebut, Dayang Zarina binti Haji Kadir; timbalan pengetua, guru-guru, ibu bapa dan pelajar.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel