A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Januari. - Menurut maklumat daripada Unit Pendidikan Khas (UPK), setakat ini, seramai 350 pelajar sekolah swasta telah dirujuk ke UPK bagi mendapatkan perkhidmatan bantuan penilaian / clinical diagnosis dan nasihat bagaimana mengatasi masalah-masalah yang dihadapi seperti masalah intelek, sensori iaitu pendengaran dan penglihatan, fizikal, pertuturan dan komunikasi, emosi dan tingkah laku serta lain-lain masalah kesihatan.

Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Pengiran Ayup bin Pengiran Haji Othman berkata, dalam memenuhi tuntutan untuk mencapai dan merealisasikan objektif pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 serta bagi semua pelajar termasuk pelajar berkeperluan khas mendapatkan kesan maksima pendidikan, maka tenaga pengajar dan guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.

Beliau menjelaskan perkara itu pada majlis penyampaian sijil kepada 70 guru dari sekolah-sekolah swasta anjuran Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

300116 AMP2 YSHHB 001bPEMANGKU Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Pengiran Ayup bin Pengiran Haji Othman,
juga Ketua Bahagian Pendidikan Swasta (BPS) semasa memberi ucapan alu-aluan pada majlis tersebut.

Daripada jumlah tersebut, seramai 34 guru dari 15 buah sekolah swasta dan juga dua guru dari Pusat Bahagia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah berjaya tamat mengikuti Kursus Pengenalan Pendidikan Inklusif (2015) yang telah diadakan sebanyak 20 sesi bermula 24 Ogos hingga 12 November 2015 yang lalu.

Kursus tersebut bertujuan untuk memberikan ruang bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas untuk berkembang sama mengikut tahap keupayaan dan potensi mereka.

300116 AMP3 YSHHBKETUA Pengarah Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahim menyampaikan sijil-sijil kursus kepada para peserta (atas dan bawah).

300116 AMP4 YSHHB

Sementara itu, seramai 20 peserta telah berjaya menamatkan Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) yang telah diadakan selama 14 sesi bermula 24 April hingga 16 Oktober 2015 kelolaan Dr. Hanapi Mohamad dan Dr. Emma Pearson dari Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam.

Manakala seramai 14 peserta telah mengikuti Kursus Jolly Phonics (2014) yang dikelolakan oleh Jolly Language School yang mana kursus ini ialah mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran literasi mengikut Jolly system.

Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahim bin Derus hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaian sijil-sijil kepada para peserta kursus.

Konsep Pendidikan Inklusif ialah pelajar berkeperluan khas diberi peluang sama rata untuk memasuki sekolah aliran biasa selaras dengan konsep pendidikan negara dan antarabangsa iaitu pendidikan untuk semua.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel