A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 15 Januari. - Karnival Konvo Politeknik Brunei tahun ini bertemakan 'Membudayakan Keusahawanan' adalah bagi menyahut saranan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi menggalakkan rakyat dan penduduk terutamanya para belia berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Acara Pembukaan Rasmi Karnival Konvo Politeknik Brunei sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei Kedua Tahun 2016 berlangsung di kawasan letak kereta, Jalan Bendahara di ibu negara berhadapan dengan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja yang diungkayahkan oleh Pusat Perkembangan dan Inovasi Pelajar, Politeknik Brunei.

150116 ARIF-1 POLITEKNIK

PERASMIAN Karnival Konvo Politeknik Brunei telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Awang Denis Ho Mun Tai.

Karnival Konvo selama lima hari bermula hari ini hingga 19 Januari adalah salah satu acara kemuncak sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei Kedua Tahun 2016 bagi bakal-bakal graduan pengambilan ketiga dan merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memeriahkan lagi majlis konvokesyen tahun ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Awang Denis Ho Mun Tai.

Turut hadir ialah Pemangku Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar; ketua-ketua jabatan dan sekolah Politeknik Brunei serta para pensyarah, pegawai dan kakitangan serta pelajar dari Politeknik Brunei.

150116 ARIF-2 POLITEKNIK

DI ANTARA pengusaha yang ikut serta dalam karnival konvo menerima sijil penyertaan daripada tetamu kehormat.

150116 ARIF-5 POLITEKNIK

PAMERAN haiwan-haiwan exotic seperti ular juga turut dipamerkan oleh Bruxotic Pets Utopia.

150116 ARIF-6 POLITEKNIK

ANTARA yang menarik di Karnival Konvo Politeknik Brunei ini ialah pameran haiwan peliharaan seperti arnab yang diusahakan oleh Awang Mohd. Dani bin Haji Aisa (kanan) daripada Mike's Bunny Farm yang berpengkalan di Kampung Kapok Kanan.

Antara acara-acara yang diselenggarakan sepanjang Karnival Konvo tersebut adalah gerai-gerai jualan dan pameran serta persembahan-persembahan kebudayaan. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir dan seterusnya memeriahkan lagi acara berkenaan.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel