A+ A A-

RIMBA, Rabu, 6 Januari. - Sekolah Menengah (SM) Rimba mulai tahun 2016 ini menawarkan subjek-subjek baharu yang tidak pernah dipelajari semasa sekolah rendah.

Pengetua sekolah berkenaan, Cikgu Haji Malai Shah Eran bin Syed Haji Yussof berkata, antara subjek baharu tersebut ialah Social Studies, 'Business, Art and Design' (BAT) serta subjek pilihan Drama dan Arab.

”Pada tahun ini penuntut akan mengambil sembilan mata pelajaran utama iaitu Matematik, English, Sains Menengah Bawah, Bahasa Melayu, IRK, Sosial Studies, BAT, MIB, PE dan satu pilihan Kelab Kokurikulum,” ujarnya pada Majlis Pendaftaran dan Kemasukan Pelajar-Pelajar Tahun 7  Sesi Akademik 2016  sekolah itu yang diadakan di dewan serbaguna sekolah berkenaan, di sini.

060116 hamzah rimba 003PENGETUA Sekolah Menengah  Rimba, Cikgu Haji Malai Shah Eran bin Syed Haji Yussof berucap pada 
Majlis Pendaftaran dan Kemasukan Pelajar-Pelajar Tahun 7  Sesi Akademik 2016  sekolah berkenaan.

Seramai 144 pelajar yang lulus peperiksaan PSR tahun lepas telah berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, 71 terdiri daripada pelajar perempuan dan 73 pelajar lelaki.

Sementara itu, seramai tujuh guru tingkatan dan enam penolong guru tingkatan pada masa ini mengajar pelbagai subjek.

Beliau seterusnya menggesa para ibu bapa supaya akan dapat menghadiri sesi-sesi perjumpaan, perbincangan serta apa jua program yang dianjurkan oleh sekolah seperti Program Outreach, Program Motivasi dan Program Kongsisama kerana ianya adalah untuk membantu meningkatkan kecemerlangan anak-anak secara holistik.

060116 HAMZAH-001 SM RIMBA

060116 HAMZAH-002 SM RIMBAPENUNTUT-PENUNTUT  baharu tahun 7 Sekolah Menengah Rimba membaca ikrar sekolah.

Tambahnya, tahun ini pihak sekolah akan terus menangani dan berjuang bagi menuju kejayaan dan kecemerlangan.

“Apa yang saya maksudkan di sini ialah pihak sekolah akan mengeluarkan ‘kad kuning’ yang memerlukan abiskita semua untuk memberikan sasaran markah bagi kita menyasarkan ‘target’ markah bagi setiap mata pelajaran yang akan diperolehi oleh anak abiskita,” jelasnya.

060116 HAMZAH-006 SM RIMBA

060116 HAMZAH-007 SM RIMBAANTARA pelajar baharu tahun 7 Sekolah Menengah Rimba.

Dengan adanya sasaran ini, jelasnya, akan sama-sama memantau dengan pihak sekolah dan terus berusaha mendukung, memberikan sokongan padu untuk mencapai ‘target’ tersebut.

Seperti kelaziman, pelajar-pelajar baharu akan mengikuti minggu orientasi dan pada tahun ini, minggu orientasi diadakan selama tiga hari yang dianjurkan oleh sekolah dengan pengisian program termasuk sesi ‘ice breaking’ bagi memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang nilai sekolah dan taklimat daripada guru-guru.

060116 HAMZAH-005 SM RIMBA

060116 HAMZAH-004 SM RIMBASEBAHAGIAN dari ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut.

Beberapa orang pelajar baru yang sempat ditemui, Dayang Nurizatul Musrymah binti Haji Musa berumur 12 tahun melahirkan kegembiraan kerana memasuki alam baru iaitu ke peringkat menengah.

060116 HAMZAH-008 SM RIMBADAYANG Nurizatul Musrymah binti Haji Musa.

Menurutnya, beliau akan berusaha dengan tekun untuk mencapai kejayaan dan akan belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun dengan adanya subjek baru dan akan terus berusaha untuk mempelajarinya nanti.

Manakala bagi Dayangku Nur Adriana Amirah Balqis binti Pengiran Mohammad Sharin pula merasa terharu dan berbangga kerana telah memasuki Tahun 7 pada tahun ini.

060116 HAMZAH-009 SM RIMBADAYANGKU Nur Adriana Amirah Balqis binti Pengiran Mohammad Sharin.

Jelasnya, walaupun ada perbezaan di antara sekolah rendah dan menengah, beliau akan berusaha untuk mempelajarinya dan akan berusaha untuk mendapatkan keputusan terbaik untuk peperiksaan nanti.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel