A+ A A-

PUISI

WASATIYYAH

Kita bermusafir hari ini
atau berjalan jauh,
membawa wasatiyyah
bersama-sama wasatiyyah
berbekal wasatiyyah.

Apa itu wasatiyyah?

Wasatiyyah adalah pangkat
wasatiyyah juga jatidiri
umat Nabi Muhammad
(umat tertinggi).

Wasatiyyah satu lantikan
tetapi bukan siapa-siapa yang
melantik, melainkan Allahlah yang
melantik untuk umat ini jadi saksi
ke atas sekalian manusia.

Saksi apa itu?
Saksi tentang kebenaran Islam,
ya, hanya Islam
satu-satunya
ugama dari Allah.

Macam mana nak buktikan
Islam itu ugama yang benar?
Mari, kita lihat riwayat ini
sila ikuti
sila amati.

Pada akhir abad ke-19
seorang Penguasa, 'Abbas
Al-Khadyawi
telah menghimpunkan tiga pemuka ugama :
Islam, Yahudi dan Nashrani,
untuk mendapatkan penyaksian
mereka.

Penyaksian apa?
Penyaksian tentang ugama
masing-masing
(ugama siapakah yang benar) :
Islamkah atau Yahudikah atau
Nashranikah?
Beri alasan kamu masing-masing.

Cara Al-Khadyawi menguji,
beliau berkata :
''Beritahu saya, masing-masing kamu berhak memasuki syurga :
orang Yahudi kata mereka masuk
syurga
orang Nashrani kata mereka masuk syurga
dan orang Islam juga kata mereka masuk syurga.''

Lalu pemuka Yahudi dan Nashrani jadi bertolak-tolakan ...,
berkata pemuka Yahudi :
''saya harap, pemuka Nashranilah
yang lebih dulu bercakap,
silakan!''

Sementara pemuka Nashrani pula
membalas dengan berkata :
''saya pula berharap supaya
pemuka Islam, Muhammad 'Abdohlah yang lebih dulu bercakap.''

Mendengar ini Al-Khadyawi
berpaling
kepada Muhammad 'Abdoh dan
berkata :
''cakaplah Imam, cakap!''
Maka Muhammad 'Abdoh pun
tanpa bertangguh, bercakap :


''Andainya orang-orang Yahudi
masuk syurga,
maka kami orang-orang Islampun
pasti masuk sama, kerana kami juga
beriman dengan kenabian Nabi Musa,
siapa yang diagungkan oleh orang-
orang Yahudi.

Begitu juga kalau orang Nashrani
masuk syurga,
kami orang-orang Islam pun juga
pasti masuk sama, kerana kami juga
beriman dengan kenabian Nabi 'Isa,
siapa yang diagungkan oleh orang-orang Nashrani.

Tetapi, tetapi . . .
kalau kami orang-orang Islam
masuk syurga,

adalah sama sekali, orang Yahudi
dan Nashrani
tidak mungkin dapat masuk sama,
kerana mereka itu
tidak beriman dengan kenabian
Nabi Muhammad.''

Inilah satu penyaksian yang
paling jitu
paling adil dan paling tepat,
siapakah lagi yang dapat
menyangkalnya

siapakah lagi yang dapat menolaknya

HAKIKAT ini?

Ini bukan sentimen atau emosi
yang keluar dari mulut Muhammad 'Abdoh,
tetapi ini BUKTI
yang paling kukuh
tentang KEBENARAN Ugama Allah.

Ini juga sudahpun dijelaskan sendiri
oleh Allah dalam Surah Ali 'Emran,
bahawa sesiapa jua yang mencari
selain
Ugama Islam,
maka Allah tidak akan menerimanya.

Ya, inilah yang muktamadnya :
barangsiapa yang mencari ugama
selain Islam, maka
- di akhirat kelak -
dia adalah orang yang rugi.
Alhamdulillah,
kerananya Umat Wasatiyyah
menjadi pewaris mutlak
kepada syurga Allah Ta'ala,
maka sekali lagi : syukur
alhamdulillah.

Seperti ugamanya,
Umat Wasatiyyah memang umat yang hebat malah terhebat,
terunggul
dan termulia.

Umat Wasatiyyah,
bukan umat sederhana
dan juga ugamanya,
bukan ugama sederhana
tetapi dua-dua itu berstatus terhebat dan tertinggi.

Awas, umat! Istilah ''sederhana''
boleh saja ia jadi racun durjana,
kerana dengan istilah ini
kita sebenarnya sedang membuka
ruang
untuk orang melakukan tawar-
menawar.

Ya, mereka akan menawar, apa saja
untuk disederhanakan.
Termasuklah hukum halal haram
juga mungkin ditawar,
seperti menawar ikan di pasar.
Satu contoh : hukum muslimah
memakai tudung kepala,
akan ditawar atas nama sederhana
untuk membuangnya dengan alasan
cukuplah setakat berpakaian senonoh.

Atau tidak juga mustahil
ibadat juga akan ditawar,
atas nama sederhana,
cukuplah asal saja dibuat
walau tidak sempurna.

Inilah bahayanya
KONSEP SEDERHANA
apabila ia dipakaikan kepada ugama
apabila ia dipakaikan kepada
umat, maka
berpotensilah ia untuk mendatangkan kerugian dan bencana.


ADI RUMI,
Penerbangan BSB - Filipina, 
17.11. 2015

Lebih dalam kategori ini: « PUISI PUISI »

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel