A+ A A-

PUISI

BANGUN BERMAKNA

Dahulu
Aku bangun tanpa aku
Aku bangun tanpa pengertian
Aku bangun tanpa mencari
Tiada fikir benakku
Tiada fikir hidupku
Bangunku ikut mereka semata
Tanpa tahu mengapa perlu
Kerna semua bangun
Tiada bisikan terangkan bangun itu
Hari-hari dengan ikut mereka
Tanpa mengerti mengapa
Tanpa mengerti apa
Hatiku meronta
Gentar gelisah
Entah mengapa
Fikiran turut merasa
Beribu-ribu juta soalan
Lompat-lompat dalam minda
Dahagakan jawapan
Sampai bila
Sampai bila
Mana akhirnya
Aku ikut seperti mereka
Tanpa tahu untuk apa
Tanpa tahu tuju
Suatu masa
Aku bangun lagi
Aku dikejutkan
Bisikan hamba Allah Subhanahu Wata'ala
Ujarnya terus jadi pengertian
Hidup penuh makna
Makna itu dengan agama
Kalimah Allah Subhanahu Wata'ala untuk semua
Tiada runsing
Tiada ragu
Kini hati dan fikiran sudah bertuan
Hati fikirku tenang
Hanya pada Tuhan yang satu

SAHABAT

Sedekad itu
Ku lewati bersama keindahan
Berduyun mari hendak bersama
Sana sini bersahabat
Tertawa bersama
Bermesra bersama
Hari demi hari
Bulan demi bulan
Tahun demi tahun
Kegemilangan sahabat semakin pudar
Zaman semakin berubah
Keadaan semakin berubah
Dahulu kami
Sekarang hanya kau
Mana perginya itu semua
Erti sahabat
Erti perjuangan
Erti pengorbanan
Erti kasih sayang
Mengajar aku erti pasrah
Itu itu
Kata erti sahabatku kini
Mata kini terbuka
Melihat tembus budi bicara
Doa doa doa
Itu itu itu
Cara aku mengubat rindu
Mengharap rahmat Ilahi dilimpahi
Sahabat hanya untuk sahabat

SINAR

Bayangan aku bayangan
Semuanya bayangan
Mata ku melihat bayangan
Kiri
Kanan
Atas
Depan
Bayangan diriku
Aku menjerit ketakutan
Takut dengan bayangku sendiri
Jangan takut
Ujarku pada diriku
Kuat degupanku
Mataku liar
Melihat kelilingku
Kemudian cahaya kecil
Terus membesar dan membesar
Menerangi muka
Aku tersentak
Tak lama itu
Aku mula tenang
Cahaya pasti datang
Memberi aku untuk bersinar

SEDETIK

Hidup itu hanya sedetik
Jadi apa yang hakiki
Mengapa harus semua dipertaruhkan
Mengapa harus dipuaskan
Ketamakan
Kezaliman
Kekayaan
Monopoli
Khianat
Mana perginya pegangan
Mana perginya kasih sayang
Kalau kata hidup sedetik
Bukankah lakukan dengan ikhlas
Dengan amal
Apa mereka lupa makna sedetik
Sedetik bukan bermakna himpunan dosa
Sedetik dahagakan agama
Sedetik dahagakan adab
Sedetik dahagakan kasih sayang
Itu sedetik cuma.

Oleh : A.M

Lebih dalam kategori ini: « PUISI PUISI »

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel