A+ A A-

PUISI

AIR MATA DI GURUN


Lautan luas diseberangi
Gunung ganang didaki
Berjuta batu jauh ku tinggalkan
Desa ku permai
Di bumi Darussalam


Kini aku di sini
Di gurun ini cerita bermula
Antara suka dan duka


Di gurun ini sejarah terukir indah
Manusia agung melakar sejarah
Tamadun manusia punca
perjuangan
Ke jalan benar arah tujuan
Sungguh agung ketulusan hati
Berjuang menegak suruhan Ilahi
Walau merempuh onak dan duri
Derita ditanggung tiada terperi


Kini …
Beribu kenangan tinggal terbukti
Hasil perjuangan yang tiada henti
Walau berat rasa dihati
Kemenangan ditatang milik sejati


Terpandang kenangan sejarah
tersentuh hati
Di gurun ini sebagai bukti
Dulu sejarah perjuangan pernah
termatri
Menitis air mata sayu di hati
Sebuah pengorbanan yang amat
suci


Tak terbayang di minda fikiran
Begitu sakitnya rintangan
Manusia agung berhati pilihan
Kemuliannya tiada tandingan


Air mata ku menitis lagi
Mengenang perjuangan yang suci
Semua rintangan dapat diatasi
Kerana kecekalannya menebal di
hati
Sampai kini dapat dinikmati


Itulah dia insan terpuji
Gerak dan geri sentiasa rapi
Tutur dan kata apatah lagi
Hingga menjadi kekasih Ilahi


Selawat dan salam buatmu Nabi
Junjungan
Perjuangan sucimu tetap diingatan
Takkan ku lupa walau ke akhir
zaman.


WANITA


Solat itu tiang agama
Suami itu ketua keluarga
Isteri itu kunci rumahtangga


Isteri itu seorang wanita
Dari wanitalah lahir pahlawan
bangsa
Bukan cuma pahlawan pria
Tetapi juga pahlawan wanita


Sudah tercatat dalam warta dunia
Wanita juga seperti pria
Menabur bakti tiada terkira
Pada agama bangsa nusa dan
negara
Baik yang remaja mahupun
dewasa
Sama berjuang tak mengira masa


Sejarah tercipta kerana wanita
Menara gading sudah milik
bersama
Memimpin negara begitu juga
Mentadbir pula usah dikata


Jangan disangkal jangan didusta
Kejayaan lelaki juga dari wanita
Bukan hanya kata malah juga
harta
Jiwa raga juga turut serta
Jadi pengorbanan setiap masa dan
ketika


Walau sibuk tugas isteri tak dilupa
Pada anak suami tercinta
Begitu juga pada Yang Maha Esa
Walau masa hanya sedepa
Meluang masa bersama itulah cita


Wahai wanita teman ku sekalian
Marilah bersama ambil peranan
Bersatu teguh menegak keadilan
Dunia aman damai itulah tujuan
Sifat wanita lembut dan ramah
Tugas dijulang penuh amanah
Tanpa mengira penat dan lelah
Dunia diseru agar tak berpecah
belah.


Oleh : Yahya Tantari Brunei


BISMILLAH_ HIRRAHMA_ NIRRAHIM


Sebuah Syair untuk remaja, kasihi
ibu sayangi ayah.


Yang Maha Pengasih Lagi
Penyayang
pada hambanya umat terbilang
banyak diajar barang terlarang
makan yang halal jangan dibuang


Di dalam hidup sehari-hari
banyak yang hilang harus dicari
jangan biarkan iblis hampiri
kelak hidupmu di dalamnya api


Taat kepada orangnya tua
itu dituntut oleh agama
jangan sekali berduka cita
kalau mereka tinggal bersama


Aduhai remaja permata kalbu
ingat selalu ayah dan ibu
jika kau senang hidupmu
jaga keduanya jangan kau jemu


Bila keduanya sudahlah tua
jangan sekali mereka dilupa
tanyakan khabar sihatkah mereka
itulah penawar segala duka


Bukan harta diminta-minta
jika remaja sudah bekerja
hanya ingin dipandang mata
padamu remaja kasih berjuta


Kasih ibu kasih sejati
pabila hilang tiada terganti
walau dicari ke perut bumi
tidak terjumpa sama sekali


Hati ibu jangan kau guris
apatah lagi sampai menangis
bila kasihnya dirasa habis
datang hasutan darinya iblis


Tutur kata biarlah sopan
bila ditanya beri jawapan
jangan membantak atau
tangkingan
nanti tulah tiada ampunan


Duhai remaja harapan negeri
jagalah ibu ayah sejati
tiada sedikit remaja rugi
mendapat rahmat Tuhan Ya
Yarabbi


Sepatah doa dari ibumu
dapat kau rasa setiap waktu
aman dan damai rumah tanggamu
mahligai Syurga setia menunggu


Ayah dan ibu menjadi beban
pada remaja sungguh kesihan
maafkan mereka aduhai tuan
jika remaja rasa tertekan


Ya Allah Tuhan Yang Satu
berilah rahmat dan juga restu
masukan yang baik ke dalam
Syurga Mu
kerana itu adalah janji Mu


Sayangi ibu yang sudah tua
jangan diseksa atau dinista
kalau terlepas kata kecewa
sumpahnya akan membawa bala


Banyak sudah dipandang mata
ibu tua tidak diguna
ke sana ke mari meminta-minta
anak seperti tidak bermata


Kasihi ibu sayangi ayahmu
remajalah anak junjungan kalbu
cahaya melimpah di dalam
kuburmu
penghuni Syurga rindu menunggu


Sembahyang itu kuncinya Syurga
amalan baik meringankan dosa
tersenyum roh dalam pusara
mendapat pujian tidak putusnya


Tidak payah mencari-cari
di dalam Al-Quran semua
mencukupi
bacalah ia setiap hari
buat amalan dibawa mati


Semua soalan juga jawapan
tersusun indah dalam Al-Quran
mengajar kasih dan juga sayang
sebagai petunjuk kepada insan


Menjadi anak jangan derhaka
tidak mencium baunya Syurga
walau remaja kaya berjuta
rahmat tiada dapat dirasa


Kasar kata jangan sekali
kawal marahmu remaja bistari
ibumu itu laksana duri
sumpah dan doa Tuhan kabuli


Sakit menjadi seorang tua
di dalam hati seperti sering merasa
tersalah cakap seperti dihina
berjauh hati setiap masa


Bila sudah berumahtangga
mendapat pula cahaya mata
jangan disuruh ibu menjaga
kasihan dirinya sudahlah tua


Kasihan nasib ibu yang malang
tidak dikasih tidak disayang
hidup berdua seperti dagang
menanti anaknya tak kunjung
datang


Ke mana lagi akan di tuju
kalau si anak tiada mahu
akhirnya ayah dan juga ibu
berdiam diri seperti bisu


Tiada terkira sakitnya hati
kepada si anak yang dikasihi
tiada ingat membalas budi
ibu yang hidup dianggap mati


Menahan sedih di dalam hati
air matanya jatuh ke pipi
rindukan si anak setiap hari
akhirnya menutup mata dibawa
sepi.


Oleh : Mardiah Hag

Lebih dalam kategori ini: « PUISI PUISI »

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel