A+ A A-

PUISI

TANAH AIR
(sempena menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-32)

Tanah air....
Tempat ku dilahirkan dan dibesarkan
Bumi merdeka dan bertuah ini
Dalam menjangkau usia kedewasaan
Di sini menanti sepanjang kehidupan
Dalam mengejar cita-cita
Dalam membela bangsa
Dalam membela agama
Dan juga negara
Dalam pahit dan manis kehidupan
Dalam suka dan duka kehidupan
Dengan penuh cabaran dan dugaan
Datang silih berganti hari demi hari
Dari bulan ke bulan
Dan tahun-tahun mendatang
Dalam mengharungi ranjau kehidupan
Walau dimamah usia
Namun negara ku tetap penuh merdeka.....

Oleh : Adi Jiwa.

NASIB BELIA DI MASA DEPAN

Bila sudah dewasa dalam hidup, dunia juga semakin tua dan uzur
Perubahan dulu dan sekarang berbeza dengan suasana alam
Kini dipengaruhi kepintaran dan kecekapan saintis dan teknologi
Kehebatan pesta-pesta sosial dan longgarnya iman di dada
Membawa hampirnya kemusnahan ummah
Semua sudut tidak lagi ada keharmonian
Banyak memuja seni dan artis, lalai dan taksub dengan kebendaan canggih
Terarah kiblat harta kuasa dan pangkat
Ada pemikiran individu sudah rusak dan kusut tanpa tentu arah tuju
Pedoman beramal seakan hilang fokus
Jika umur senja ini masih sihat, teringin juga melihat belia masa depan
Adakah benar-benar mereka punya wawasan
Dan bolehkah mereka menjadi pelapis serta disokong jadi lidah rakyat
Sebagai pejuang agama, bangsa dan negara sendiri
Dan sanggupkah belia-beliawanis mempertahankan martabat bangsa
Untuk selama-lamanya menanai negara yang merdeka?
Dan tidak akan dijajah lagi oleh sesiapa?
Serta bolehkah anak-anak muda yakin dan akan terus beriman?
Juga menjunjung sunnah serta kitab Al-Quran sehingga hari kiamat?
Kerana situasi manusia terkini banyak mencipta dan berpendapat
Ideologi yang berlainan.

Oleh : M.Noor / Sagap.

BERBUDI MULIA CERMINAN BANGSA

Beribu banyaknya pantun seloka
Budi setahun segunung intan
Meski belum lumrah terucap

Andainya merajuk pada yang kasih
Haruskah meminta pada yang ada
Budi baik dilupa tiada

Pada yang arif bestari
Pada yang merasa ikhlas berbudi
Ristaan sepanjang zaman

Imbaulah jati diri bangsa
Budi bahasa masih utuh diwarisi
Masih mantap sinar cahayanya

Adat berbudi bukan sesenangnya berucap
Pahit manisnya sekian lama
Ditanai sekuatnya sepenuh hasrat

Adat berbudi berkesinambungan sekian lama
Sudah berabad-abad berfungsi mulia
Masih kukuh kental bermesra

Lihatlah! Di zaman era canggih ini
Setia berbudi kini mundur kebelakang
Ibarat pukulan ombak di pantai
Pantai setia sudah jadi laut bergelora

Kini tinggallah fikir melayari hasrat
Kendatipun geloranya ombak dan derunnya angin

Titihnya budi bahasa masih sasa
Budi jangan diinjak-injak
Budi adalah cerminan dan warisan
Bangsa Melayu zaman berzaman
Pastinya berakal berbudi mulia.

Oleh : Pg. Haji Shamsu PHK.

Lebih dalam kategori ini: « PUISI PUISI »

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel