A+ A A-

PUISI

BAHASA JIWA BANGSA

Orang belayar bertimba raung,
Dari Daik langsung ke Deli;
Biarlah badan miskin terbuang,
Bahsa tiada dijual beli.

Dari Daik langsung ke Deli,
Anak nakhoda jalan bertiga;
Bahasa tiada dijual beli,
Bukannya benda buat berniaga.

Benar sekali,
bahasa tiada dijual beli
kerana ia bukanlah benda
atau barang untuk diperniagakan
tapi untuk kita perjuangkan
untuk kita perkasakan
untuk kita martabat dan daulatkan
hidup bahasa Melayu
dirgahayu bahasa Melayu.

Ketahuilah,
maju mundurnya sesuatu bagnsa itu
tinggi rendahnya sesuatu bangsa itu
dan hidup matinya sesuatu bangsa itu
adalah kerana bahsanya
utamakanlah bahasa Melayu
bahasa rasmi negara kita
bahasa jati diri bangsa
bahasa jiwa bangsa.

 

PENIPUAN

Jangan kau sangka
kami akan terpedaya
pun jangan kau harap
kami akan terperangkap
tidak, seklai-kali tidak
kerana kami tahu
segala budi bicara dan gelagatmu
hanya palsu semata-mata
penipuan, penipuan dan penipuan!

Apakah kau tidak terfikir
atau memikirkannya
segala perbuatanmu selama ini
adalah dosa dan maksiat
hatimu akan menjadi gelap
jiwamu sentiasa dalam ketakutan
dan kemurungan...
disebabkan penipuan yang kau lakukan

Selagi kau tidak bertaubat
hidupmu tidak akan selamat
kau akan menerima balasan seksa
sama ada di dunia ini mahupun di akhirat nanti

Sedarlah akan dirimu
hentikan perbuatanmu yang keji itu
ingat dan takutlah kepada Tuhan
patuhilah segala perintah-Nya
untuk keselamatan di kemudaian hari

Kepada sekalian insan
selalulah berawas-awas dan berhati-hati
jauhkan dan elakkan diri kita
dari menjadi mangsa penipuan manusia.

 

TIADA JALAN PILIHAN LAGI

Benarlah,
jika yang sah
digantikan dengan yang batil
selamanya kita kehilangan jejak
teraba-raba dalam kegelapan
terumbang-ambing tidak keruan
jiwa kosong, lesu dan sepi
seperti tidak bermaya lagi
mahu ke mana kita ini!

Kepada insan jagat raya
berhati-hati jangan sampai terjadi
elakkan dari meakukannya
ikutlah jalan yang benar
jalan hakiki diredai Tuahn
tempat tersurat kemenangan mutlak
di dunia dan di akhirat

Ingatlah hidup ini
tiada jalan pilihan lagi
selain dari menuju-Nya
dan kita ini adalah
milik Allah
kepada-Nya kita pasrah dan menyerah
sujud dan tawaduk istiqamah
agar menjadi kekasih-Nya
yang sejati
abadi.

 

YAKIN DIRI

Dalam kegembiraan
dalam kemurungan
malah dalam apa jua sekalipun
kita perlu ada keyakinan
yakin diri
sebagai benting kekuatan
dan pegangan hidup yang hakiki
untuk duniawi dan ukhrawi.

Ingatlah,
hidup tanpa pegangan
terasa diri keterpinggiran
menyepi dan membeku
membuatkan kita alpa & tidak tahu
ke mana bahtera hayat dilayari
di mana kiblat yang dihadapi
segalanya jadi tidak bererti
di sini!

Yakin -
parti -
suatu hakikat kehidupan
kita penuhi segala tuntutan hidup ini
kita isi dan lestarikan bersama
tanpa ragu dan bimbang
iman dan ihsan pembalut badan.

Yakin diri
adalah sebaik-baik hal atau perkara
bagi setiap insan-insani
yang ingin melabuhkan cintanya
ke jalan yang bermanfaat dan diredai
"Biar hidup penuh bererti"
bagitu saranan Islam yang suci.

Yakin diri
adalah hati, nikmat yang paling agung
amanah dari Allah
yang perlu dipelihara dan diisikan
dengan zikrullah
dengan nasihat
dengan muhasabah diri
agar dia hidup terus-terusan
tanpa ada cacat cinangganya.

Dengan mengingati Allah
hati kita menjadi sakinah
tanpa resah-gelisah!

Oleh : Rahim M.S.

Lebih dalam kategori ini: « PUISI PUISI »

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel