A+ A A-

JASA

Jasa itu ribuan maknanya.

Jasa ibu
memelihara kita ketika masih janin
sehingga membelai mengasuh
dari kecil membuai
dengan kedua tangan yang lembut
serta didudui.

Jasa ayah
membanting tulang yang bergerak
untuk meneruskan kehidupan
yang sempurna
agar menjadi manusia yang berguna
digalati dan dihormati masyarakat.

Jasa Negara kepada kita
jangan terus dilupai
sehingga berakhirnya hayat kita
dilupai begitu saja
jangan kita terus membelakangi
mungkin kita masih lupa
untuk menabur jasa.

Berbakti dan menaburlah jasa
kepada negara, bangsa, agama
dan tanah air kita
biarlah jasa kita terus dikenang.


SEKALUNG DOA.
(untuk kedua indung yang pergi)

Oh ibu!
Oh ayah!

Sekali pun jasad
tiada kelihatan lagi
kerana jauh dan
tiada kembali lagi ke dunia fana ini.

Walaupun sudah lama
kami ditinggalkan
namun kami rasa masih ada
keduanya bersama.

Di pusara ibu
di pusara ayah
sekalipun diselimuti pasir putih dan
walaupun hanya tanda batu dan kayu
terpacak di atas pusara
tanda itu tetap dikunjungi
di hari mulia.

Doa anakmu
dan tadah tangan memohon doa
semoga ibu dan ayah di perut bumi
diterangi cahaya doa dari anakmu.

Sekalung doa dari anakmu
''semoga tempat ibu dan ayah di Syurga.''


LIDAH TIDAK BERTULANG

Apa jua kata dan janji
setentunya ada kaitan
lidah, hati dan kata
kumpulan ini pandai memutar belit.

Lidah itu lembut
lidah tiada bertulang
lidah bebas berkata-kata
siang dan malam
sejuk dan panas
di mana-mana kita pergi
lidah berperanan penting dalam hidup.

Manusia hidup tanpa lidah
bererti manusia itu bisu
tidak punya erti hidup di dunia
bukankah lidah pemanis segalanya?

Lidah juga pelembut hati manusia
lidah juga memberi keindahan
kepada seseorang manusia
kalau lidah berkata
"kamu cantik ya!"
"kamu cinta padaku?"

Itulah antaranya kalimat
yang diluah oleh lidah
sebenarnya "lidah itu tidak bertulang."


SERTAKAN DENGAN SOLAT

Berdoa adalah hak seseorang individu
memohon kepada Allah
biar dari sesiapa pun dan
apa jua bangsa dan agamanya.

Kalau kita sebagai orang Islam
kerjakanlah solat sambil
menadah tangan memohon restu
dari Allah.

Allah itu sememangnya
pengasih dan penyayang kepada hamba-Nya
apatah lagi hamba-Nya yang beragama Islam
memohonlah sambil meneruskan usaha
berusahalah jangan berputusan.

Rezeki dan harta
tidak datang bergolek
tanpa diri kita berusaha
dan jangan pula berpeluk tubuh
sudah tentu tidak mendapat hasil.

Seseorang yang berusaha
dan benar-benar untuk mendapat rezeki
sudah tentu menggerakkan
empat kerat tulangnya
untuk menyara kehidupan
dan menyarakan kesihatan
hingga ke usia tua.

Memohon kepada Allah
sertailah dengan solat
dan bergeraklah meneruskan usaha.


CINTA BUKAN CIPTAAN MODEN

Dua insan diturunkan oleh Allah
di atas muka bumi ini
yang dicipta oleh Allah.

Satu kaum Hawa
dan satu lagi kaum Adam.

Kaum Hawa ada bezanya
dengan kaum Adam.

Ada yang tiada pada Hawa
dan ada yang tiada pada Adam
di antara kedua berhaknya
ada perasaan yang paling istimewa
tidak lain dan tidak bukan
ialah untuk cinta-mencintai.

Bererti cinta itu
bukan ciptaan kosong
cinta itu ada pada awal diturunkan
dua insan dicipta Allah
untuk mengisi bumi di alam nyata.

Dua kaum dijadi keturunan
untuk mengatasi pentas bumi
dengan berbagai aksi dan ragam
berbagai lakonan
berbagai gaya cipta
pahit dan manis tetap jadi
dialog kedua insan.

Cinta bukan ciptaan moden.


Yatim Budiman

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel