A+ A A-

Syair Ramadhan Sr.1

Assalamualaikum saya ucapkan
kepada awda pendengar sekalian
syair Ramadan saya nukilkan
bulan Yang Mulia sebagai persembahan

Bulan Rejab dan Syaaban sudah lah tiba
sekalian muslimin disunatkan berpuasa
melatih kita untuk bersedia
menunaikan puasa rukun ketiga

Mengucap syukur ke hadrat Illahi
dapatlah kita bertemu lagi
bulan suci penuh diberkati
hanya datang setahun sekali

Liputan langsung di radio dan televisyen
hasil selesai penglihatan anak bulan
kadi ditugaskan untuk mengumumkan
maka bermulalah puasa Ramadan
lapar dahaga pelbagai dugaan
menjauhi diri dari perangai syaitan
banyak pahala serta ganjaran
terawih, tadarus pelbagai amalan

Malam Lailatul Qadar istimewanya
Ramadan
memohon doa ke hadrat tuhan
beramal lah penuh bersopan
insan yang khusyuk Allah muliakan

Ketika berpuasa hendaklah bersabar
berserah diri janganlah ingkar
tahanlah nafsu dan perbuatan mungkar
kelakuan sumbang hendaklah dihindar

Bulan Ramadan banyak fadilatnya
seribu bulan nilai kelebihannya
iblis syaitan di rantai semuanya
bebas kita dari segala godaannya

Allah tunjukkan sifat pengasih Nya
berjenis rezeki melimpah ruah
beramallah kita serta bersedekah
tiadalah kurang malah bertambah

Syair Ramadhan Sr.2

Syair Ramadan saya sambungkan
dapatlah kita dipertemukan
buat amal yang berkebajikkan
patuhi segala suruhan Tuhan

Lihatlah mukjizat kuasa tuhan
dunia di cipta tiada persamaan
langit dan bumi lengkap diciptakan
itulah bukti kebesaran tuhan

Mengerjakan puasa banyak cabaran
anggaplah ia sebagai dugaan
segala larangan wajib di hindarkan
amalan yang baik akan dicatatkan

Semua amalan akan dikirakan
pahala akan di lipatgandakan
pintu taubat allah bukakan
itulah kurniaan dan keagongan Tuhan
bertasbih berselawat serta berdoa
khusyuk dan tawaduk paling utama
berpakaian bersihdan elok tempatnya
serta sempurna tumakninahnya

Bulan yang suci penuh keberkatan
memohon ampun segala kesalahan
banyakkan doa kepada Tuhan
agar dosa kita akan dihapuskan
Banyakkan amalan di bulan Ramadan
nilainya tinggi di sisi Tuhan
tunaikan dengan penuh keikhlasan
agar terhindar dari kejahatan

Lailatul Qadar di bulan mulia
terjadinya hanya sekali sahaja
sepenuh yakin dan usaha
beruntungnya jika yang mendapatinya

Allah turunkan Al-Qur'an bulan Ramadan
kepada Nabi Muhammad Rasul pilihan
melalui Jibril utusan Tuhan
Di Gua Hirah tujuh belas Ramadan

Dk. Hjh Adinorzah Pg. Hj. Md. Noor

Syair Ramadhan Sr.3

Ramadan bulan yang suci
jagalah kesihatan diri sendiri
sihat rohani dan jasmani
jiwa tenteram menyenangkan hati

Bangun sahur dinihari
makan bersama keluarga, anak dan isteri
berpuasa dan niat sepenuh hati
jika ditinggalkan memanglah rugi

Di waktu sedang berpuasa
tutur kata dan keolahan mesti di jaga
banyak bersabar serta ceria
segala telanjur beristigfar segera

Banyak nikmatallah kurniakan
hanya terdapat di bulan Ramadan
berbelanja biar berpatutan
pembaziran mesti dihidarkan
makanan di jual di sini sana
berlambak-lambak di mana saja
bijak memilih dengan kadarnya
agar tidak membazir jadinya

Segala juadah sudah disediakan
beraneka makanan di hidangkan
menunggu azan bedok disiarkan
itulah nikmat allah kurniakan

Ya Allah panjangkan umur kami
agar ditemukan bulan yang suci
Ramadan yang sentiasa di nanti-nanti
hanya datang setahun sekali

Terasa sedih di akhir Ramadan
semua ditempuh dengan ketabahan
nikmat tuhan sudah dirasakan
dengan takwa serta keimanan

Hidup kita tiadakan kekal
berusahalah kita menambah amal
pasti kembali ke tempat asal
kalau terlewat pasti akan menyesal
penghujung Ramadan tunaikan segera
zakat fitrah tuntutan agama
kalau lewat laksanakannya, rugilah kita

hanya sedekah akan jadinya
Sekianlah dulu ketemu lagi
syair di karang setakat ini
salah dan silap mohon maafi
salam sejahtera seikhlas hati

Dk. Hjh Adinorzah Pg. Hj. Md. Noor

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel