A+ A A-

FORUM : MENEROKA HAK ASASI SEJAGAT

Di pentas ilmu
bukan di pentas politik :
pada hari ini
berkumpullah para ilmuan
untuk mencari kebenaran
tentang :
hak asasi ...

Apakah hak asasi itu?
Siapa yang ampunya?
Siapa pemiliknya?
Kalau manusialah pemiliknya,
adakah mutlak?
Jawabnya : Tidak!
Sekali lagi tidak!

Di sinilah punca kesilapan
bertolak dari tahun 1215 lagi
dengan lahirnya Magna Charta
atau Piagam Agung,
orang hanya nampak hak semata-mata
dari manusia kepada manusia.

Isu hak asasi

dalam Magna Charta,
tidak lebih dari
rasa tidak puas hati semata-mata
terhadap kaum bangsawan
yang dianggap keterlaluan ...
itu saja.

Orang melihatnya

dalam sistem kebangsawanan itu
banyak kepincangan-kepincangan
khasnya dalam hal "kebebasan:"
manusia, turut dirampas kebebasan mereka
manusia, turut dicabuli kebebasan mereka
manusia, turut dizalimi hak-hak mereka.

Lalu dalam tahun 1941

dideclarelah
melalui sebuah ucapan seorang Presiden ...
"empat jenis" kebebasan,
yang hingga kini
masih popular dan
dianggap unggul.

Empat kebebasan itu,

ialah :
"freedom of speech & expression
freedom of religion
freedom of fear
freedom from want"
yang sampai kini masih dijaja.

Nampak-nampaknya seperti betul

nampak-nampaknya seperti unggul,
tetapi amalinya
tidak seperti teorinya,
menjadikan manusia
terus-terusan tidak sehaluan
terus-terusan tidak sefahaman.

Disamping itu

dasar yang terkandung
dalam "empat sendi" ini
masih terdapat
kepincangan-kepincangan di sana sini
khasnya, ia nampak cuma
kebebasan semata-mata.
Ia mengagungkan kebebasan bercakap
tetapi tidak wujud batas sempadannya,
mengagungkan kebebasan bertindak
tetapi tidak wujud batas sempadannya,
tidak ada! Tidak ada!
Inilah hak-hak luhur itu
menurut mereka.

Di sinilah, perspektif mereka berbeza

dengan perspektif kita,
perspektif mereka semata-mata "bebas"
sementara perspektif kita
berpaksikan syara' :
syara' itulah batas sempadan
kerana 'hak' bukan milik mutlak kita.

Lihat kepada 'diri' kita saja

adakah ia milik mutlak kita?
Jika ia milik mutlak kita
tentu saja kita ini
dibolehkan berbuat apa saja
menurut semahu kita.
Adakah begitu? Tidak!

Bagaimana ia tidak?

Ya, memang tidak!
Sila perhati,
bolehkah manusia membunuh diri
atas alasan nyawa adalah nyawa kita?
Tidak boleh!
Syara' menghukumkannya haram.

Ini bererti

diri kita bahkan nyawa kita
bukanlah milik mutlak kita.
Jadi milik siapa?
Milik Allah 'Azza Wajalla, siapa
Pemilik sekalian makhluk.

Kerana itu tiadalah boleh

bagi sesiapapun,
mengamalkan konsep mutlak bebas :
bebas makan
bebas minum
bebas pakai
bebas seks.

Betul, boleh saja makan tetapi halal

boleh saja minum tetapi halal
boleh saja pakai tetapi menutup 'aurat
boleh saja seks tetapi pasangan yang sah.
Inilah perspektif kita
yang luhur lagi senonoh
tiada bandingannya.

Ini semua tidak ada

dalam perspektif orang lain,
mereka cuma
mementingkan kebebasan semata :
bebas makan minum, pakai dan seks
tanpa perhitungan lain
kecuali melayani hati dan kemahuan.

Kerana itu,

kalau tidak selesa pada mereka
walaupun perkara itu baik
seperti isu tudung kepala wanita,
ia dianggap
sebagai melanggar hak asasi manusia
bahkan satu penindasan, ujar mereka.

Tidak pelikkah

perspektif seperti ini?
Ya, pelik! Pelik!
Yang bagus dianggap hodoh
yang baik dianggap buruk,
kerana semata-mata
tidak menyebelahi
mereka.

Inilah isu sebenar

kerja menukar fakta :
yang hak jadi batil
yang batil jadi hak.
Beginilah ehwal mereka
tanpa ada
penghujungnya.

Kalau mereka mendapati

kita ini sedang melangkah
atau sudah melangkah
untuk memperbaiki diri ...
maka awas! Ketika itulah
dengan gelabah
mereka melatah.

Contohnya :

mereka bermusuh
dengan tudung kepala muslimah
sehingga membawanya ke parlimen
bagi mewajarkan pengharaman ...
nah, apakah ini
bukan melatah namanya?

Satu lagi

langkah kita yang turut dilatah
ialah melaksanakan Kanun Jenayah Syar'iah,
kata mereka melatah : "Ini kuno
berundur ke belakang,"
apakah benar begitu?
Tidak! Ini dusta semata.

Ah, di sinilah kita nampak

hak asasi
yang mahu ditegakkan itu
kalau sedap pada mereka
itulah hak asasi,
jika tidak,
tidaklah berbangkit cerita hak asasi.

ADI RUMI

Hotel Marriott, Putrajaya, Selangor, 20.11.2013

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel