A+ A A-

Tingkatkan kualiti kesihatan dengan aktiviti berbasikal

  • Oleh:  Oleh : Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Meja Kandungan Khas, Bahagian Pelita Brunei Foto: Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penerangan Terjemahan dari teks asal dalam Bahasa Inggeris oleh : Hajah Apsah Haji Sahdan
  • Saiz fon decrease font size decrease font size increase font size increase font size
  • Cetak
  • E-mel
Rate this item
(0 votes)

BERBASIKAL adalah aktiviti yang menyeronokkan dan agak mudah. Ia juga salah satu cara pengangkutan yang jauh lebih murah berbanding daripada kereta dan selamat untuk alam sekitar. Memandangkan semakin ramai orang yang berminat untuk menjalani kehidupan yang sihat dan aktif, berbasikal adalah satu senaman berbentuk aerobik yang terbaik yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan dan kecergasan. Jika anda belum pernah mencuba, di sini adalah beberapa sebab mengapa anda perlu cuba lakukan aktiviti berbasikal.

12 31 2016 PelitaBrunei PB 31 DISEMBER 2016 Pelita1101

TURUNKAN BERAT BADAN

Kajian mendapati bahawa badan akan terus membakar kalori dan lemak sehingga beberapa jam selepas berbasikal. Oleh itu, berbasikal selama 30 minit mungkin membantu awda membakar kuantiti yang lebih tinggi daripada jumlah kalori untuk beberapa jam selepas anda berhenti berbasikal. Digabungkan dengan diet yang sihat berbasikal pasti boleh membantu awda mencapai matlamat berat badan anda.

Apabila kita lebih cergas, lebih banyak manfaat yang kita perolehi. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa penunggang basikal yang menggabungkan kayuhan cepat secara berselang seli semasa berbasikal, mampu membakar lemak tiga kali lebih cepat berbanding dengan kayuhan pada kelajuan yang lebih perlahan.

12 31 2016 PelitaBrunei PB 31 DISEMBER 2016 Pelita1102

TIDUR LEBIH BAIK

Satu perjalanan berbasikal awal pagi dalam jangka masa pendek mampu membantu awda mendapatkan tidur yang berkualiti pada waktu malam. Satu kajian penyelidikan dari Stanford University School of Medicine melaporkan bahawa mereka yang mengalami gangguan tidur dan apabila berbasikal selama 20 - 30 minit setiap hari bukan sahaja membolehkan mereka tidur lebih cepat tetapi juga dapat tidur lebih lama daripada biasa, iaitu sebelum melakukan aktiviti berbasikal.

TINGKATKAN KECERDASAN OTAK

Membuat persediaan bagi peperiksaan atau penampilan penting? Cubalah berbasikal. Kajian saintifik telah mendapati bahawa berbasikal secara konsisten dan kerap membawa kepada peningkatan sehingga 15 peratus dalam ujian mental. Ini kerana berbasikal membantu membina sel-sel otak baru yang boleh meningkatkan fungsi ingatan dan otak kita. Selain itu, ia meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak yang seterusnya menjelaskan bagaimana senaman membantu dalam mengatasi gangguan perasaan dan fungsi ingatan.

021016 CERIA ARIF-37

NIKMATI KUALITI KESIHATAN BERSAMA KELUARGA

Berbasikal adalah aktiviti yang boleh lakukan bersama-sama keluarga. Kanak-kanak kecil ikut serta berbasikal beriringan bersama keluarga. Hasil kajian yang mengujakan iaitu, kanak-kanak boleh dipengaruhi oleh pilihan senaman ibu bapa mereka. Secara ringkasnya, jika anak-anak melihat awda menjadikan berbasikal sebagai senaman rutin, mereka akan berfikir bahawa ia adalah normal dan secara semulajadi mereka akan mencontohinya. Berbasikal tidak membebankan sendi yang membolehkan datuk dan nenek juga boleh menyertai aktiviti ini bersama keluarga.

BERSEDIA, MULAKAN BERBASIKAL

Ingat, seperti mana-mana aktiviti, ia mengambil masa untuk belajar menggunakan basikal. Kedudukan semasa menunggang basikal mungkin tidak selesa, terutamanya di tempat duduk. Adalah disyorkan untuk memakai seluar dan pelana empuk untuk mengurangkan ketidakselesaan tersebut.

Mulakan dengan 15-20 minit berbasikal dan meningkatkan kelajuan sedikit demi sedikit.

New Image

Jika awda merasakan kesakitan pada lengan, bahu dan leher, cuba untuk tidak menggenggam kuat dan menukar posisi tangan awda pada hendal lebih kerap. Beberapa penunggang basikal tidak suka kasut yang mengunci ke pedal. Jadi pastikan awda selesa di atas basikal dan biasakan mengubah kedudukan kaki awda dengan kerap. Walau bagaimanapun, ingatlah semua faedah berbasikal boleh membantu awda kekal bermotivasi.

Berhati-hati kepada pejalan kaki dan pelari apabila awda mengayuh melepasi mereka dan nikmati perjalanan awda!

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel