A+ A A-

Rentetan peristiwa sepanjang tahun 2016, sebagai ristaan

Rate this item
(0 votes)

PELBAGAI peristiwa gembira dan tragedi mewarnai dunia tahun 2016, bahkan di negara kita Brunei Darussalam sendiri turut diwarnai pelbagai peristiwa dan juga kejadian yang juga dapat dijadikan sebagai ristaan untuk kita semua. Peristiwa dan kejadian apa saja yang telah terjadi sepanjang tahun 2016 ini? Berikut rangkuman antara beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang 2016:

311215 - RANCANA KHAS GAMBAR 01

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan memeriksa perbarisan pelatih-pelatih Program Khidmat Bakti Negara, Pengambilan Kelima di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 

Peletakan Batu Asas Jambatan Temburong
Sejarah pemodenan kemajuan negara

Sabtu, 16 Januari. - Negara menyaksikan satu lagi kemajuan dalam infrastruktur jalan raya dengan terbinanya jambatan penghubung di antara Daerah Brunei dan Muara dengan Daerah Temburong. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Peletakan Batu Asas bagi projek mega negara itu di Kampung Sungai Besar, Jalan Kota Batu.

311215 - RANCANA KHAS GAMBAR 02

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan mengurniakan pangkat Pemangku Kapten kepada putera baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten Pengiran Muda 'Abdul Mateen yang berkuatkuasa sejak 9 Mei 2016.

 

DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara terima anugerah

Selasa, 1 Mac. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), berkenan menerima Anugerah Akar Umbi Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC) secara peribadi dalam satu Majlis Perasmian Persidangan Akar Umbi AFC Pertama yang diadakan di Kuala Lumpur,Malaysia bermula pada 1Mac hingga 3 Mac. Anugerah berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John. Pengumuman pencapaian NFABD telah dibuat pada akhir November 2015 semasa Anugerah Tahunan AFC di Gurgaon, New Delhi, India.

311215 - RANCANA KHAS GAMBAR 03

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyaksikan pameran pembinaan Projek Jambatan Temburong.

 

KDYMM tinjau perkembangan PKBN

Khamis, 10 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli mengadakan lawatan kerja ke Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, untuk melihat sendiri perkembangan pengambilan Kelima, Program Khidmat Bakti Negara (PKBN). Lawatan ini merupakan detik yang bersejarah dan menggembirakan bagi pelatih pengambilan kelima dan ibu bapa serta penjaga dan ini jelas memperlihatkan keprihatinan baginda terhadap perkembangan dan pelaksanaan program PKBN bagi mewujudkan belia yang berkualiti dan berguna bagi permbangunan masa depan negara serta dalam mencapai Wawasan Belia Negara 2035.

 

Hilangnya seorang tokoh negara

Isnin, 11 April. - Negara kehilangan seorang tokoh berwibawa, Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran (Dr.) Haji Mohd. Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim yang telah kembali ke rahmatullah ketika berusia 92 tahun.

311215 - RANCANA KHAS GAMBAR 04

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan mengetuai riadah berbasikal dan bercemar duli berkayuh basikal bersama lebih 1,000
pekayuh basikal.

 

Qari negara naib johan menghafaz 15 Juzu' Al-Quran

Khamis, 15 April. - Negara Brunei Darussalam sekali lagi mencipta sejarah di mata dunia di atas kejayaan peserta negara, Awang Mohammad Najib bin Haji Ali Akhbar, Mahasiswa Tahun Dua di Mahad Qiraat Al-Azhar, Syoubra, Republik Arab Mesir apabila dinobatkan sebagai naib juara dalam Kategori Kedua, Menghafaz 15 Juzu' Al-Quran Dari Kalangan Negara- Negara Yang Bukan Bertutur Dengan Bahasa Arab di Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-23, Republik Arab Mesir dengan pungutan markah 98.15 peratus.

 

Berangkat merasmikan bangunan baharu ISB

Selasa, 19 April. - Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) mencatat satu lagi sejarahnya tersendiri dengan tertubuhnya bangunan baharu ISB yang terletak di Jalan Utama Salambigar, Kampung Sungai Hanching, Mukim Berakas 'B' yang dilengkapi dengan pembelajaran dan kemudahan yang berkualiti tinggi dan moden.
Catatan sejarah penubuhan ISB ditambah pula dengan keberangkatan Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyempurnakan perasmian bangunan sekolah berkenaan.
Kampus baharu ISB mula beroperasi pada Ogos tahun lalu dan merupakan detik bersejarah bagi pembangunan ISB yang telah berada di negara ini lebih 50 tahun yang lalu. Sekolah ini mempunyai keramaian 1,260 pelajar dari lebih 46 buah negara, antaranya termasuk anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Juga menuntut di sekolah yang sama ialah cucunda baginda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
Sekolah ISB telah ditubuhkan pada 1964 oleh Datin Glass, isteri kepada pegawai kanan kerajaan dan pada ketika itu, sekolah berkenaan beroperasi secara sekolah rumah.

311215 - RANCANA KHAS GAMBAR 05

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) berkenan menerima Anugerah Akar Umbi Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam Majlis Perasmian Persidangan Akar Umbi AFC Pertama yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Berkenan rasmikan AP ABDB

Khamis, 28 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), berkenan merasmikan Akademi Pertahanan (AP) ABDB yang baharu di Kampung Tanah Jambu.
Antara kemudahan yang dibina di atas tapak seluas 150 ekar di Lebuh Raya Muara - Tutong ini termasuklah Surau, Mes Pegawai, Dewan Istiadat, Dewan Makan, Kolej Turus, Pusat Kepimpinan dan Pengurusan, Auditorium dan Perpustakaan, Ibu Pejabat, 'Parade Square', 'Grandstand' dan Mes Sekolah Pegawai Kadet (OCS Mes).

 

Qari dan qariah harumkan nama negara

Ahad, 8Mei. - Peserta qari dan qariah negara, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan Dayang Siti Huzzaimah Yadey binti Haji Rosli mengharumkan nama negara setelah masing-masing berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-58 di Kuala Lumpur, Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra yang bermula 2 hingga 7 Mei.

 

Kompleks Tamu Kianggeh baharu mula beroperasi

Rabu, 1 Jun. - Kompleks Tamu Kianggeh baharu di tepi Sungai Kianggeh berhadapan dengan Jalan Kianggeh mula beroperasi.

 

Infrastruktur negara dipertingkatkan

Selasa, 28 Jun. - Lebuhraya Telisai - Lumut mula dibukakan kepada lalu lintas sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan infrastruktur pengangkutan negara bagi menghubungkan Daerah Brunei dan Muara; Daerah Tutong dan Daerah Belait.

311215 - RANCANA KHAS GAMBAR 06

LEBUHRAYA Telisai - Lumut menghubungkan Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong dan Daerah Belait.

 

Bangunan komersial terima ancaman bom

Isnin, 11 Julai. - Orang ramai dan para pengunjung di salah sebuah bangunan komersial di Gadong dikejutkan dan merasa panik setelah mendapat tahu adanya ancaman bom di kawasan terbabit. Pasukan Polis Diraja Brunei telah pun menjalankan siasatan rapi dan menahan seorang lelaki yang dipercayai boleh membantu siasatan.

 

YTM dianugerahkan Ijazah Lanjutan (Master)

Rabu, 27 Julai. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah dianugerahkan Ijazah Lanjutan (Master) dalam satu Majlis Penganugerahan Ijazah di Logan Hall, Institute of Education, 20 Bedford Way, London.

 

Berkenan mengetuai riadah berbasikal

Ahad, 14 Ogos. - Salah satu aktiviti yang bakal menjadi ristaan sejarah tahun ini ialah bila mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengetuai riadah berbasikal dan bercemar duli berkayuh basikal bersama lebih 1,000 pekayuh basikal.

311215 - RANCANA KHAS GAMBAR 07

 

KOMPLEKS Tamu Kianggeh baharu mula beroperasi pada 1 Jun 2016.

 

Detik bersejarah penyiapan Jambatan Sungai Kebun

Sabtu, 20 Ogos. - Dua detik bersejarah ke arah penyiapan pembinaan struktur utama Jambatan Sungai Kebun telah berlangsung, iaitu penyambungan (stitching) bahagian terakhir yang menemukan strukturstruktur jambatan yang masingmasing dibina di kedua-dua belah Sungai Brunei dan kini menghubungkan Bandar Seri Begawan dengan Mukim Sungai Kebun, Mukim Lumapas dan sekitarnya dan pada masa yang sama, kubah berukuran 8.7 meter garis pusat juga dinaikkan dan dipasang di atas menara jambatan pada paras 130 meter.

 

YTM dinaikkan pangkat Pemangku Kapten

Rabu, 31Ogos. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dinaikkan pangkat Pemangku Kapten yang telah berkuatkuasa sejak 9 Mei 2016 lalu.

 

Teksi bermeter sediakan perkhidmatan lebih efisien

Jumaat, 23 September. - Pelancaran Perkhidmatan Sistem Teksi Bermeter sebagai usaha menyediakan perkhidmatan teksi yang lebih efisien kepada para pengguna.

 

Mangkat pada usia 88 tahun

Ahad, 16 Oktober. - Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar binti Pengiran Anak Haji Metassan telah mangkat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ketika berusia 88 tahun.

 

UTB tempah sejarah pengijazahan graduan pertama

Isnin, 7 November. - Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Brunei (UTB) menempa sejarah bila mana buat pertama kali berlangsungnya pengijazahan kepada para graduan lepasan UTB setelah namanya ditukar menjadi Universiti Teknologi Brunei.

 

Kem Latihan Baharu PKBN mula digunakan

Ahad, 4 Disember. - Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-6 mencipta sejarah bila mana bermula hari ini hingga 13 Mac 2017 nanti para peserta mengadakan latihan di Kem Latihan Baharu, Batu Apoi, Daerah Temburong.

 

Kebakaran ranapkan 24 buah rumah

Rabu, 7 Disember. - Negara dikejutkan dengan musibah kebakaran yang meranapkan 24 buah rumah di Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam.

Last modified on

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel