A+ A A-

Children categories

PAMERAN Kustom Borneo (Borneo Kustom Show - BKS) buat julung kalinya menggabungkan Negara Brunei Darussalam, Sabah dan Sarawak dalam mempamerkan koleksi kereta, motosikal serta barangan aksesori kenderaan menarik para pengunjung terutama mereka yang gemar dan meminati bidang berkenaan.

Acara yang dianjurkan secara kolaborasi di antara Kelab Motosikal Independent (Independent Motorcycle club - IMC) dan Cityneon Brunei itu diadakan pada 26 dan 27 Mac 2016 mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada para pengunjung yang datang menyaksikan pameran selama dua hari itu.

Pameran yang diselenggarakan yang begitu hebat ini berkaitan dengan rancangan Kustom yang diadakan di seluruh dunia dengan memberi tumpuan kepada pembangunan keusahawanan dan gaya persembahan bakat kreatif yang luas dalam menyesuaikan kereta persembahan, pertunjukan basikal dan lain-lain.

RENCANA 03 RABU 20042016 BKS TARIK PENGGEMAR AUTOMOTIF

SUASANA Pameran Kustom Borneo (Borneo Kustom Show - BKS) yang menggabungkan Negara Brunei Darussalam, Sabah dan Sarawak dalam mempamerkan koleksi kereta, motosikal serta barangan aksesori kenderaan.

Di negara-negara ASEAN, terdapat dua acara utama yang menyokong bilangan besar iaitu kira-kira 20,000 hingga 30,000 penggemarnya di seluruh dunia seperti Pesta Kustom Jogjakarta dan 'Art of Speed' di Kuala Lumpur, Malaysia yang mampu menarik sekitar 30 ke 40 ribu pengunjung dari rantau ini dan anggaran jumlah itu semakin berkembang dan meningkat saban tahun.

Sebelum ini, acara seumpama itu menyaksikan sejumlah kira-kira 20,000 hingga 30,000 pengunjung termasuk seramai 5,000 peminat tempatan dan dari negara jiran mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti termasuk pameran kenderaan seperti kereta, motosikal, dan bermacam-macam lagi.

Berikutan kejayaan dan sambutan yang memberangsangkan itu, IMC mengadakan pameran di Dewan Persidangan Bridex dengan mengumpulkan para penggemar dan peminat koleksi kenderaan di kepulauan ini.

RENCANA 01 RABU 20042016 BKS TARIK PENGGEMAR AUTOMOTIF

TURUT dipamerkan beberapa buah motosikal.

Objektif pameran ini bagi menggalakkan pelancongan di negara ini dan sekali gus mempromosi sektor tersebut dalam negara-negara ASEAN, di samping membantu mempamer dan mengembangkan produk para usahawan tempatan dan luar negara yang mengikuti pameran berkenaan.

Yang Dipertua IMC, Awang Asmalee bin Haji Ariffin ketika ditemui berkata, sebanyak lebih 150 buah kereta, lebih 30 buah motosikal dari Sabah, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam menyertai BKS. Selain dari pameran, katanya lagi, para pengunjung juga berpeluang mengunjungi petak-petak jualan barangan kereta, motosikal, bengkel kereta dan dua petak kedai gunting rambut tempatan yang menyediakan khidmat gunting rambut. Awang Asmalee berharap pameran yang diselenggarakan secara kolaborasi antara IMC dan Cityneon Brunei itu dapat menonjolkan dan mengetengahkan bakat golongan muda serta membuka ruang perniagaan kepada mereka untuk membekalkan peralatan atau barangan kereta dan motor. Selain itu, katanya pihak penganjur juga merancang untuk menarik penyertaan luar negara pada pameran akan datang seperti dari Indonesia dan Thailand. Dengan adanya pameran seumpama ini katanya lagi, secara tidak langsung dapat mempromosi Negara Brunei Darussalam sebagai pusat pelancongan serta mendedahkan tempat-tempat menarik di negara ini.

RENCANA 04 RABU 20042016 BKS TARIK PENGGEMAR AUTOMOTIF

YANG Dipertua (Independent Motorcycle Club - IMC), Awang Asmalee bin Haji Ariffin.

Salah seorang peserta, Awang Suhardi bin Haji Abd. Hamid yang mesra dipanggil Si Boy dari kampung Sengkarai, Tutong dengan keretanya jenama Chevrolet dari Amerika model 1962 yang baru diambilnya sekitar bulan Oktober tahun lepas dan sejak itu restoration termasuk mencat badan kereta dilakukannya sendiri tanpa menghantar ke mana-mana bengkel kereta.

Minat beliau dalam bidang koleksi kereta memang dari zaman remaja dulu lagi, akan tetapi beliau mula serius sekitar 15 tahun lalu.

Tidak dinafikan semua itu memerlukan jumlah belanja yang agak tinggi namun demi kerana minatnya yang begitu mendalam, beliau merasakan satu kepuasan dan berbaloi dengan hasil wajah baharu koleksi kereta yang diminatinya itu.

RENCANA 02 RABU 20042016 BKS TARIK PENGGEMAR AUTOMOTIF

ANTARA pameran yang menarik perhatian pengunjung.

Selain model berkenaan, beliau jua memiliki sebuah lagi kereta seumpama, iaitu model 1964.

Pengiran Samri bin Pengiran Haji Md. Tahir, 48, sangat berminat dalam koleksi kereta-kereta lama dan sangat teruja dapat mengikuti pameran dalam waktu yang singkat ini.

Koleksi yang dimilikinya yang cuba dipamerkannya itu jenis Toyota Royal Crown 1968 yang dibelinya lebih kurang 13 tahun dulu itu tidak menyangka banyak sambutan daripada penggemar kereta dan ada yang sanggup meletakkan harga sehingga BND 15 ribu untuk membeli koleksi keretanya itu.

RENCANA 05 RABU 20042016 BKS TARIK PENGGEMAR AUTOMOTIF

PENGIRAN Samri bin Pengiran Haji Md. Tahir bersama koleksi Toyota Royal Crown 1968 yang dibelinya lebih 13 tahun lalu.

Tidak disangka harga mencecah setinggi itu padahal beliau membeli kereta itu dengan harga BND2 ribu sahaja namun demi kerana minat yang mendalam, perbelanjaan untuk membaiki dan membeli aksesori dan barangan kereta demi menjadikannya unik dan menarik.

Beliau dari Kampung Bengkurong itu mula serius dengan minatnya sekarang itu memiliki sebanyak tiga buah kereta setakat ini termasuk Toyota Corolla KE70 dan Nissan RZ1.

Dengan kejayaan BKS ini, IMC mensasarkan untuk menjadi sebahagian daripada festival budaya antarabangsa kustom yang akan mempertingkatkan lagi kebudayaan dan kepelbagaian Negara Brunei Darussalam untuk dijadikan sebagai salah satu acara tahunan antarabangsa dalam kalender pelancongan negara.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel