A+ A A-

Children categories

PADA masa ini Zumba semakin menarik minat masyarakat setempat dalam menyumbang kepada kesihatan dan kehidupan yang sihat. Zumba sebagai salah satu jenis pergerakan senaman yang mampu membuatkan pengamalnya mengeluarkan berasa segar dan sihat. Zumba mempunyai ciri langkah serta tindakan seakan tarian yang diiringi dengan muzik hasil gabungan antara elemen tarian dan juga gerak senam ataupun aerobik yang membuatkan zumba sebagai senaman yang unik untuk kesihatan. Jika disebut senaman, ia adalah bentuk pergerakan badan yang memberi manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai salah satu senaman rutin yang paling mudah serta menyumbang banyak kebaikan untuk kesihatan pengamalnya. Dan kini mula digemari oleh penggemar aerobik.

Zumba dicipta oleh Alberto Perez, seorang penari dan guru tari dari Colombia pada sekitar tahun 1990-an. Ianya mempunyai gerak tari yang dapat dijadikan sebagai senaman seperti tarian hip-hop, samba, salsa, mambo, gerak seni pertahanan diri, tarian India atau Bollywood dan juga tarian Arab atau lebih dikenali sebagai Belly dancing dan lebih kepada bentuk tarian kontemporari moden yang boleh dilakukan dengan santai. Jika diimbas sejarah terciptanya Zumba ia adalah satu sejarah yang ringkas sahaja apabila Alberto Perez, pengasas tarian senamrobik Zumba ini, yang dengan tidak sengaja terlupa menyediakan pita rakaman muzik untuk latihan aerobic kepada muridnya kerana kesuntukkan masa, lalu dieksploitasikan dengan pelbagai adunan muzik dengan pergerakkan lincah dalam kelas senamrobik tersebut.

TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman bersama orang ramai yang hadir melalukan "zumba" sempena majlis amal "Charity for Nancy" bagi mengutip dana untuk bekas atlet negara Nancy Tea Ai Seng. TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman bersama orang ramai yang hadir melalukan "zumba" sempena majlis amal "Charity for Nancy" bagi mengutip dana untuk bekas atlet negara Nancy Tea Ai Seng.

Ekoran dari itu, Zumba yang menghimpunkan pelbagai genre muzik dan variasi rentak lagu digabungkan dengan tarian yang tertentu di antara kombinasi rentak lagu dan tarian yang mampu melahirkan pergerakkan senaman yang cukup efektif untuk membina otot yang kuat malahan kesihatan yang baik dan mampu merangsang individu kepada kehidupan yang lebih ceria. Berbanding kelas senamrobik yang lain, Zumba lebih segar dalam membawa keseronokan dan keceriaan dan mudah dipelajari oleh sesiapa saja yang mampu mengeluarkan peluh dan sesuai untuk semua golongan masyarakat yang bukan saja sekadar menggerakkan badan mengikut gerak langkah tertentu malahan ia mampu mengurangi tekanan yang kita alami kerana kita boleh merasa seronok melakukan gerak tari sambil menikmati muzik yang membuatkan kita rasa gembira dan senang melakukannya.

Published in Rencana
Oleh:
Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel