A+ A A-

BERAKAS, Sabtu, 29 Oktober. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Kali Ke-5 Bagi Tahun 2016 yang berlangsung di Kolam Renang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

Antara yang menyertai kejohanan tersebut ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim.

Juga berangkat menyaksikan kejohanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

291016 PAIPAS MASRI-2

YANG  Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berangkat menyertai salah satu ketegori kejohanan tersebut bagi mewakili International School Brunei (ISB).

Pada kejohanan di sebelah petang ini, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim mewakili International School Brunei (ISB) dengan menyertai dua kategori lelaki iaitu 100 Meter (M) Kuak Lentang dengan catatan masa 2:03.09 dan 100M Kuak Kupu-Kupu dengan catatan masa 51.97.

Kejohanan selama tiga hari bermula kelmarin itu disertai oleh 154 perenang dari sembilan kelab renang mewakili kelab-kelab renang dari dalam dan luar negara iaitu 7 kelab-kelab renang tempatan dan dua lagi dari negara luar.

Antara kelab-kelab renang dari dalam negara iaitu ISB, Panaga Stingrays, Jerudong Swimming Club, Brunei Speed Swimming Club, Dolphin Swimming Club, Royal Brunei Recreation Club, Skim Renang Temburong, manakala kelab dari luar negara iaitu Miri Association Swimming Amateur dan Kelab Rekreasi Petroleum.

Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Brunei.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel