A+ A A-

SOBD sertai Piala Borneo Ke-9

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 21 Oktober. - Pasukan Olimpik Khas Brunei Darussalam (Special Olympic Brunei Darussalam - SOBD) akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Olimpik Khas Piala Borneo Lima Orang Sepasukan Ke-9 di Kota Kinabalu, Sabah pada 27 hingga 30 Oktober 2016.

Naib Pengerusi SOBD, Awang Haji Jumaat bin Salleh menjelaskan perkara tersebut semasa Sidang Media mengenai kejohanan tersebut bertempat di Ibu Pejabat SOBD, Jalan Pasar Baharu, Gadong, di sini.

Tambahnya, bagi menyertai kejohanan tersebut, Negara Brunei Darussalam telahpun menyediakan satu pasukan yang terdiri daripada lapan pemain yang akan diiringi oleh tiga pegawai, iaitu seorang ketua jurulatih, jurulatih dan ketua kontinjen.

Para pemain yang dipilih terangnya, dari pelbagai latar belakang dan bakat yang telah dikenal pasti juga sudah menjalani latihan-latihan yang intensif serta latihan-latihan mingguan sebelum ini.

Misi pada tahun ini menurutnya, SOBD ingin menyasarkan untuk mendapat kemenangan kerana negara telah pernah menjuarai kejohanan tersebut sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2012 di Sibu, Sarawak dan tahun 2015 di Berau, Kalimantan, Republik Indonesia.

211016 RIZAL2 SM

PARA pegawai Olimpik Khas Brunei Darussalam ketika mengadakan Sidang Media.

''InsyaaAllah, kami mengharapkan dan juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak dalam kitani membentuk dan menyediakan pasukan ini termasuk juga kerjasama ibu bapa, pengorbanan jurulatih dan pegawai-pegawai lain,'' ujarnya lagi.

Pasukan negara akan mempertahankan kejuaraan tersebut dengan empat buah wilayah di Pulau Borneo, iaitu Pasukan Olimpik Khas Kalimantan, Pasukan Olimpik Khas Sarawak dan Pasukan Olimpik Khas Labuan.

Kejohanan Bola Sepak Olimpik Khas Piala Borneo lima orang sepasukan itu merupakan inisiatif SOBD yang telah dianjurkan pertama kali pada tahun 2008 dengan Piala Iringan kurnia sumbangan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Penaung Diraja SOBD.

Kejohanan tersebut akan diadakan secara bergilir-gilir oleh keempat-empat negeri atau wilayah di Pulau Borneo khususnya atlet-atlet Olimpik Khas.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel