A+ A A-

Kejohanan Golf antara aktiviti sambutan Hari Guru

TURUT menyertai Kejohanan Golf Terima Kasih Cikgu sempena Sambutan Hari Guru Ke-26 yang diadakan selama dua hari bermula pada 21 Oktober 2016 di Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei, Berakas ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (berdiri, sepuluh dari kanan); Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (berdiri, tujuh dari kanan) dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (berdiri, lapan dari kiri).

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 21 Oktober. - Seramai 39 peserta beradu tenaga untuk memenangi enam kategori masing-masing yang dipertandingkan pada Kejohanan Golf Terima Kasih Cikgu berlangsung di Kelab Golf
Penerbangan Diraja Brunei, di sini.

Menyertai Kategori VIP antaranya Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

Perlawanan dua hari itu juga mempertandingkan kategori lain, iaitu Jemputan dan Penaja, Senior (66 tahun ke atas), Divisyen A (handicap 0 - 10), Divisyen B (handicap 11 - 18) dan Divisyen C (handicap 19 - 24).

Para peserta yang bertanding termasuk warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang sedang dan pernah berkhidmat serta telah bersara dari kedua-dua kementerian berkenaan.

Kejohanan itu selain memeriahkan Sambutan Hari Guru tahun ini, ia juga diharap mengukuhkan lagi jalinan ukhwah sesama mereka masing-masing.

Perlawanan diteruskan pada Ahad ini dan seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel