A+ A A-

PANTAS sertai Paintball World Cup Asia 2016

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Isnin, 24 Oktober. - Sebagai salah satu usaha untuk membangunkan lagi sukan Paintball di negara ini, PANTAS dengan sokongan Perkhidmatan Teknikal Diraja Brunei (RBTS) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sekali lagi telah menghantar Pasukan Paintball Kebangsaan Brunei Darussalam untuk menyertai Piala Kebangsaan 2016 di Paintball World Cup Asia 2016 berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia yang diadakan dari 20 hingga 23 Oktober 2016.

Pasukan Paintball Kebangsaan Brunei (PANTAS) berada dalam kumpulan C bersaing dengan Thailand dan Australia.

Tiga pasukan Paintball Brunei iaitu Leakside Jokerz Aisawan (LJA), Brunei IGNITE Paintball Team dan SATU turut mengambil bahagian dalam Divisional Games (Div 3) pada Paintball World Cup Asia 2016 dan salah seorang RBTS Freelance Marshal, Awang Abdul Zulikram bin Haji Omarsidi terlibat mengiringi salah satu daripada pertandingan paintball tersebut.

241016 PAINTBALL PR-1

PASUKAN Paintball Kebangsaan Brunei Darussalam yang telah menyertai Piala Kebangsaan 2016 di Paintball World Cup Asia 2016, berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia.

PANTAS disertai oleh Naib Presiden PANTAS, Pengiran Shahminan bin Pengiran Haji Abdul Rahim sebagai Pengurus Pasukan 1 dan Pengurus Arena RBTS Paintball, Pengiran Saharuddin bin Pengiran Haji Tuah sebagai Pengurus Team 2.

Orang ramai, pemain paintball amatur dan profesional, individu atau berkumpulan, keluarga dan pelanggan korporat dialu-alukan datang bermain paintball di Arena RBTS Paintball.

Bagi yang berminat untuk bermain paintball, sila hubungi Arena RBTS Paintball ditalian 2611171 atau layari Facebook dan Instagram Arena RBTS Paintball.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel