A+ A A-

Pemain badminton negara akur kehebatan pemain Jepun

PEMAIN badminton negara, Jaspar YuWoon Chai memberikan saingan kepada pemain Jepun, Sho Sasaki dalam Kategori Perseorangan Lelaki.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 Oktober. - Lima pemain kebangsaan Persatuan Badminton Brunei terpaksa akur setelah masing-masing kalah kepada lima pemain kebangsaan Persatuan Badminton Nippon, Jepun semasa berentap dalam Perlawanan Pertama Persahabatan pada Pertukaran Badminton Brunei - Jepun.

Jaspar Yu Woon Chai berjaya dikalahkan oleh Sho Sasaki dalam Kategori Perseorangan Lelaki, 21 - 10 dan 21 - 5.

Sementara Kategori Bergu Wanita, Siti Nurhayati binti Jefri dan Siti Marinah binti Mohd. Salleh tewas kepada Miyuki Kato dan pasangannya Miki Kashihara 21 - 5 dan 21 - 8.

Bagi Kategori Bergu Lelaki, pasangan Masrur Fuad bin Haji Asmat dan Md. Shahirul bin Md. Jenin kalah 25 - 23, 21 - 6 kepada Yu Igarashi dan Kenya Mitsuhashi.

25102016 RIZAL BADMINTON 5

PERLAWANAN Pertama Persahabatan pada Pertukaran Badminton Brunei - Jepun memberikan peluang kepada pemain-pemain badminton negara untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Turut hadir menyaksikan perlawanan Menteri Kebudayan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, malam ini.

Pertukaran Badminton Brunei - Jepun sempena Memperingati Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun.

25102016 RIZAL BADMINTON 2

AKSI pemain jepun pada Perlawanan Pertama Persahabatan pada Pertukaran Badminton Brunei - Jepun (atas dan bawah).

25102016 RIZAL BADMINTON 1

Terdahulu, perlawanan dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki.

Diikuti dengan persembahan demonstrasi permainan badminton perseorangan lelaki dan bergu lelaki dari kedua-duah buah negara.

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel