A+ A A-

Sukan Badminton kukuhkan persahabatan Brunei-Jepun

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyampaikan sijil dan cenderahati kepada para pemain badminton kebangsaan Jepun pada Majlis Resepsi Program Pertukaran Badminton Brunei-Jepun.

JERUDONG, Khamis, 27 Oktober. - Program Pertukaran Badminton Brunei Jepun merupakan sebahagian daripada inisiatif Sukan Untuk Esok (Sport for tomorrow) Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe untuk mempromosi sukan kepada 10 juta orang dalam 100 buah negara sehingga tahun 2020 ketika Jepun nanti akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik.

Setelah empat hari diadakan, program berakhir dengan berlangsungnya Majlis Resepsi di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel and Country Club di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Datin.

27102016 AMPUAN BADMINTON 2

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan isteri ketika hadir pada Majlis Resepsi Program Pertukaran Badminton Brunei-Jepun.

Ketika berucap, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki melahirkan harapan agar program Pertukaran Badminton Brunei-Jepun tidak hanya meningkatkan semangat ke arah badminton dan sukan lain menjelang Olimpik di Tokyo pada 2020, tapi terus mengukuhkan persahabatan antara kedua-dua buah negara.

Puan Yang Terutama seterusnya berharap agar ramai atlet dari negara ini akan menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik pada tahun 2020 di Jepun nanti.

27102016 AMPUAN BADMINTON 1

DUTA Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki semasa berucap pada Majlis Resepsi Program Pertukaran Badminton Brunei Jepun.

Pada majlis itu, para pemain badminton kebangsaan Jepun serta pengurus menerima sijil dan cenderahati, disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Juga hadir, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binto Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

27102016 AMPUAN BADMINTON 4

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan isteri serta Duta Besar  Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki bergambar bersama para Pemain Bulutangkis Kebangsaan Jepun.

Pertukaran Badminton Brunei-Jepun anjuran Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan diadakan sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-70 Tahun.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel