A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 7 Oktober. - Sebanyak empat buah pasukan berjaya melangkah ke Peringkat Akhir Kejohanan Bola Jaring Sempena Sambutan Hari Guru Ke-26 Tahun setelah berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan yang berlangsung di Gelanggang Bola Jaring, Sekolah Sukan, di sini.

Dalam Kategori Terbuka pasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan menentang pasukan Cluster 4, manakala dalam Kategori Beginners akan menyaksikan pasukan Cluster 4 bertemu dengan pasukan Cluster 3 di peringkat akhir.

Pada perlawanan peringkat separuh akhir dalam Kategori Terbuka, pasukan IPT berjaya menumpaskan pasukan Cluster 2 dengan jaringan 14 - 12, manakala pasukan Cluster 4 menang tipis kepada pasukan Cluster 3 dengan jaringan 14 - 13.

07102016 HERNIE BOLA JARING 1

PERLAWANAN sengit dalam pertemuan antara pasukan Cluster 4 (bib oren) dan Cluster 3 (bib hijau) dalam Kategori Terbuka menyaksikan pasukan Cluster 4 mara ke peringkat akhir kejohanan bola jaring.

Sementara itu, dalam Kategori Beginnners separuh akhir, pasukan Cluster 4 berjaya mara ke peringkat seterusnya setelah menang selesa kepada pasukan Cluster 1 dengan jaringan 13 - 8, manakala pasukan Cluster 3 menang bergaya ke atas pasukan Cluster 5 untuk layak ke peringkat akhir dengan keputusan 9 - 7.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga bagi Kategori Terbuka, pasukan Cluster 2 terpaksa akur dengan keputusan 16 - 18 setelah ditewaskan oleh Pasukan Cluster 3, manakala pasukan Cluster 1 memenagi tempat ketiga bagi Kategori Beginners setelah berjaya mengecewakan pasukan Cluster 5 dengan jaringan 17 - 12.

07102016 HERNIE BOLA JARING 3

PASUKAN Cluster 3 (bib merah) berjaya mara ke peringkat akhir Kejohanan Bola Jaring setelah menewaskan Cluster 5 (bib putih) dalam Kategori Beginners.

Kejohanan dianjurkan oleh Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan itu, antara lain bertujuan untuk memperingati dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru kali Ke-26 Tahun, di samping sebagai projek pembangunan sukan bola jaring jangka masa panjang dan berterusan kementerian berkenaan.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenal pasti pemain-pemain berbakat dan berpotensi untuk diserapkan ke dalam pasukan bola jaring Kementerian Pendidikan dan bagi mengeratkan silaturahim, memupuk perasaan muhibah dan kemesaraan dalam kalangan pegawai, guru-guru dan kakitangan kerajaan yang bertugas di bawah kementerian tersebut.

Peringkat akhir kejohanan tersebut akan diadakan pada Ahad, 9 Oktober bermula pukul 9 pagi di tempat yang sama.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel