A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 14 Ogos. - Lebih daripada 30 kakitangan TelBru bersama-sama dengan keluarga mereka menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

Pasukan berbasikal TelBru telah aktif sejak pengkorporatan TelBru pada tahun 2006 dan telah mengambil bahagian dalam Riadah Berbasikal Keputeraan 15km.

Ahli veteran kakitangan TelBru, Pengurus Kanan, Awang Haji Roslan bin Othman juga selaku Pengerusi Kelab Rekreasi & Sukan TelBru (TSRC) mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan juga ahli-ahli jawatankuasa penganjur yang memberi peluang kepada mereka untuk menyertai acara kebangsaan yang berprestij ini.

Penyertaan syarikat ini katanya, merupakan salah satu aktiviti riadah syarikat dan TelBru menggalakkan kakitangannya untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, di samping menekankan kepentingan perpaduan, patriotik dan kenegaraan dalam kalangan kakitangan TelBru khususnya serta masyarakat Brunei umumnya.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel