A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 29 Mei. - Pasukan Brunei Press muncul juara Perlawanan Bola Jaring Jemputan sempena Memperingati Hari Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-64 Tahun setelah menewaskan pasukan Gabungan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Tenaga yang berlangsung di Dewan Sukan Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, di sini.

Juara berjaya mengutip 15 mata dengan jumlah 68 jaringan, manakala naib juara memperoleh 12 mata dengan jumlah jaringan sebanyak 71.

Sementara tempat ketiga disandang oleh Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) yang hanya memperoleh 9 mata dengan jumlah jaringan sebanyak 35.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar.

Turut hadir juga pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan dan penyokong-penyokong daripada agensi-agensi yang turut serta.

290516 AZMAH2 NETBALL

ANTARA aksi dalam Perlawanan Bola Jaring Jemputan sempena Memperingati Hari Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-64 Tahun.

Sebanyak lima buah pasukan bola jaring telah menyertai perlawanan tersebut yang terdiri dari Jabatan Penerangan, pasukan Gabungan JPM dan Jabatan Tenaga, Jabatan Audit, Jabatan RTB, dan Brunei Press.

Perlawanan berkenaan berasaskan corak permainan 'round robin', yang mana perkiraan mata terbanyak muncul sebagai juara.

Acara diakhiri dengan penyampaian piala, pingat dan sijil kepada johan, naib johan dan tempat ketiga, manakala piala sagu hati dan sijil diberikan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian oleh tetamu kehormat majlis.

Perlawanan bola jaring tersebut diadakan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Memperingati Hari Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-64 Tahun dan juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan muhibah di antara Jabatan Penerangan dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang dijemput.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel