A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 11 Januari. - Pasukan FC Phosphor menang selesa setelah berjaya membenam Pasukan Tasmera Junior enam gol tanpa balas pada Kejohanan Bola Sepak TelBru Liga Bola Sepak Kebangsaan Di Bawah 16 Tahun bagi Tahun 2012/2013.

Babak pertama perlawanan petang tadi di Padang 'A', Kompleks Sukan Berakas, di sini, menyaksikan Mohd. Na'im bin Haji Tarif yang memakai jersi 11 berjaya menyumbatkan gol pertama FC Phosphor pada minit ke-9.

Hasil dari kesepaduan pemain FC Phosphor, permainan Pasukan Tasmera Junior tergugat apabila pintu gawangnya digegarkan lagi bagi gol kedua dan ketiga masing-masing di minit ke-14 dan 23 hasil jaringan Awang Mohammad Aman bin Awang Haji Abdul Rahim, jersi 18.

Perlawanan babak kedua menyaksikan FC Phosphor terus mara menguasai permainan dan berjaya mengasak bola memasuki gawang pintu lawan pada minit ke-32 hasil tendangan pemain jersi 17, Mohammad Adi Zulfazdly bin Aidy Zahrin.

Dua minit kemudian, FC Phosphor berjaya menambah jaringan sekali lagi hasil tendangan Mohd. Adi Zulfazdly.

Pada separauh masa kedua, perlawanan terus memihak kepada FC Phosphor apabila pemain jersi 6, Nizamuddin bin Haji Ismail menambah gol keenam pada minit ke-79.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel