A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Mei. - Lebih 200 ahli Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan (PEKIRA) menyertai Walkaton Amal PEKIRA yang diadakan bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah (SNHB), Berakas pada pagi.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyertai walkaton berkenaan, Timbalan Menteri Pendidikan,Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Juga hadir, Yang Di-Pertua PEKIRA, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Dani bin Haji Ibrahim; dan Ahli Jawatankuasa Walkaton Amal PEKIRA tahun ini serta ahli keluarga masing-masing.

220516 ASRI2 WALKATON

YANG Di-Pertua PEKIRA, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Dani bin Haji Ibrahim semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sementara itu, Yang Di-Pertua PEKIRA dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, hasil sumbangan derma daripada Walkaton Amal ini nanti akan diserahkan kepada Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA).

Terdahulu, sesi pemanasan badan iaitu senamrobik selama 10 minit dan disusuli dengan walkaton yang bermula dan berakhir di SNHB sejauh tiga kilometer.

220516 ASRI4 WALKATON

TIMBALAN Menteri Pendidikan,Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar semasa memulakan pelepasan para peserta Walkathon Amal PEKIRA.

Dalam pada itu, PEKIRA didaftarkan 20 tahun yang lalu iaitu pada 2 Julai 1996 dan mempunyai hala tuju seperti yang terkandung dalam Perlembagaan PEKIRA - Bahagian III.

Ketika ini PEKIRA mempunyai keahlian lebih 400 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah bersara atau berhenti daripada perkhidmatan dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau pegawai dan kakitangan yang bertukar ke syarikat swasta.

220516 ASRI6 WALKATON

SEBAHAGIAN peserta wanita yang menyertai Walkathon Amal PEKIRA.

PEKIRA antara lain bertujuan memelihara kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya yang tidak terlibat dalam apa jua kegiatan siasah atau politik.

Persatuan berkenaan juga sentiasa mendukung konsep Melayu Islam Beraja (MIB) dan mengambil bahagian dalam bidang kebajikan, sosial dan ekonomi.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel