A+ A A-

TUTONG, Isnin, 9 Mei. - Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Peringkat Zon III yang berlangsung di Padang Belapan, Kompleks Sukan Tutong, petang tadi.

Kejohanan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Mahad Islam Brunei selaku tuan rumah, mempertandingkan dua kategori, iaitu Kategori 'B' dan Kategori 'C'.

Dalam Kategori 'B', pasukan JIS dinobatkan sebagai juara setelah menang tipis ke atas Sekolah Menengah (SM) Muda Hashim dengan jaringan 1 - 0.

Dengan ini, sekali gus menjadikan SM Muda Hashim sebagai naib juara, manakala pasukan tuan rumah menduduki tempat ketiga.

090516 SYIAR BOLASEPAK 6

BERGAMBAR ramai bersama tetamu kehormat.

Bagi Kategori 'C' pula, kepantasan dari serangan balas cantik dari pasukan JIS mampu menobatkan pasukan tersebut juara setelah menang mudah ke atas SM Sayyidina Husain dengan keputusan yang berakhir 5 - 0.

Tempat ketiga bagi Kategori 'C' pula dimenangi oleh SM Masin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Penolong Pengarah (Institusi Pengajian), Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Shamsol bin Haji Omar.

090516 SYIAR BOLASEPAK 4

RYAN Moran (kiri) dari pasukan JIS menerima piala Penjaring Terbanyak dengan 7 jaringan sepanjang kejohanan bagi Kategori 'C'.

Sementara itu, Derrick Brown dari pasukan JIS dipilih menjadi Pemain Terbaik Kategori 'B', manakala penjaring terbanyak kejohanan dengan dua jaringan keseluruhan ialah pemain pasukan JIS berjersi 10, Billy Brooks.

Dalam Kategori 'C' pula, penjaga gawang dari pasukan JIS, Awang Zafri Majid, dipilih menjadi Pemain Terbaik, dengan Ryan Moran penyerang berjersi 9 dari pasukan JIS yang telah menjaringkan tujuh gol sepanjang perlawanan menjadi Penjaring Terbanyak.

090516 SYIAR BOLASEPAK 1

PEMAIN dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain membuat percubaan dari sepakan percuma.

Kejohanan ini dijalankan mengikut Peraturan dan Undang-Undang Permainan Bola Sepak, iaitu Undang-Undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Undang-Undang Persekutuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (NFABD) dan Undang-Undang Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Sebanyak sembilan buah Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Zon III menyertai kejohanan yang dibukakan kepada pelajar-pelajar lelaki mengikut kategori kumpulan umur, iaitu Kategori 'B' berumur 15 tahun ke bawah dan Kategori 'C' bagi pelajar yang berumur 16, 17 dan 18 tahun sahaja.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel