A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 29 April. - Dalam usaha untuk menggalakkan dan meningkatkan kapasiti sukan renang di Negara Brunei Darussalam, Majlis Perasmian Gala Renang Terbuka OZ diadakan di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

Berangkat menyertai aktiviti tersebut ialah anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Juga berangkat menyertai Gala Renang tersebut ialah cucunda Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.

29042016 AZMI-14

YANG Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim semasa beraksi pada acara tersebut.

Perasmian Gala Renang Terbuka OZ telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

Gala tersebut merupakan acara akhir program aktiviti renang yang diadakan sejak 25 April yang lalu dan telah dikendalikan oleh dua orang jurulatih berkelayakan dan terkenal dari Australia, Joanne Love dan Haydn Belshaw.

Aktiviti renang yang diadakan telah disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah kerajaan dan swasta di negara ini termasuk dari Labuan.

29042016 AZMI-2

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof merasmikan pembukaan gala dengan membunyikan buzzer.

Juga hadir ialah Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Australia, Puan Selina Cho; Pengetua Sekolah Antarabangsa Brunei, Dr. Steve Geraghty; jurulatih-jurulatih renang, guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar ISB.

Gala berkenaan merupakan program aktiviti sukan renang selama seminggu yang telah dikendalikan oleh Kedutaan Australia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel