A+ A A-

TEMBURONG, Jumaat, 22 April. - Sebanyak 10 buah sekolah rendah kerajaan dan swasta di Daerah Temburong berentap bagi merebut piala Kejohanan Badminton Sekolah-sekolah Rendah Kerajaan dan Swasta anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan yang berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

Kejohanan yang dikendalikan oleh Sekolah Rendah (SR) Puni itu mempertandingkan empat kategori iaitu Bergu Lelaki, Bergu Perempuan, Perseorangan Lelaki dan Perseorangan Perempuan.

220416 HEZ01 BADMINTON

KETUA Unit Kenderaan dan Pengangkutan, Cawangan Daerah Temburong, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Ali bin Haji Piut ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Kejohanan Badminton Sekolah-sekolah Rendah Kerajaan dan Swasta bagi DaerahTemburong.

Bagi Bergu Lelaki, juara disandang oleh pasangan dari SR Rataie setelah menumpaskan pasangan SR Amo, 21 - 18, 21 - 9, sekali gus menempatkan SR Amo tempat kedua.

Sementara Bergu Perempuan pula dijuarai oleh pemain dari SR Negalang setelah menewaskan wakil SR Semabat, 11 - 21, 21 - 8, 22 - 20.

Manakala pemain yang mewakili SR Amo berjaya menjuarai Kategori Perseorangan Lelaki setelah mengalahkan wakil SR Labu Estate, 23 - 21, 21 - 13.

220416 HEZ02 BADMINTON

PEMAIN-pemain bagi Kategori Perseorangan Lelaki bergambar ramai bersama Ketua Unit Kenderaan dan Pengangkutan, Cawangan Daerah Temburong, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Ali bin Haji Piut dan Guru Besar Sekolah Rendah Puni, Dayang Sinorsimah binti Haji Ibrahim.

Pemain mewakili SR Negalang pula terpaksa akur menduduki tempat kedua dalam Kategori Perseorangan Perempuan setelah tewas ditangan pemain dari SR Puni, 15 - 21, 17 - 21.

Hadir menyaksikan kejohanan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah, Ketua Unit Kenderaan dan Pengangkutan, Cawangan Daerah Temburong, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Ali bin Haji Piut.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel