A+ A A-

logo irsyad 04032015

Sambungan minggu lepas

KEADAAN ini adalah bagi makmum yang dituntut atasnya mengerjakan sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid. Adapun bagi yang tidak dituntut atasnya untuk mengerjakan sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid, umpamanya jika sembahyang fardhu Jumaat itu dikerjakan bukan di masjid, sebagai contoh di sebuah kawasan lapang, balai ibadat, surau dan sebagainya, maka dalam keadaan ini tidak disyariatkan ke atasnya untuk mendirikan sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid. Dalam hal ini, dia boleh terus duduk tidak kira sama ada pada ketika dia datang ke tempat didirikan sembahyang fardhu Jumaat itu khutbah sudah mula dibacakan ataupun belum.

Maksud Takhfif Dalam Mengerjakan Sembahyang Sunat Tahiyyat al-Masjid Ketika Khatib Sudah Naik Dan Duduk Di Atas Mimbar

Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa sebaik sahaja khatib naik dan duduk di atas mimbar, segala sembahyang yang sedang dikerjakan pada ketika itu, begitu juga sembahyang yang dikerjakan oleh jemaah yangbaru masuk masjid pada waktu tersebut mahupun sepanjang khutbah dibacakan, wajib dikerjakan secara takhfif.

Takhfif pada dasarnya bermaksud ringkas ataupun ringan. Menurut satu pendapat yangdinukilkan daripada Imam Az-Zarkasyi Rahimahullah, takhfif dalam sembahyang inibukanlah bermaksud mempercepatkan sembahyang, akan tetapi ia bermaksud membataskan dalam menunaikan sembahyang itu kepada perkara-perkara yang wajib sahaja.

Manakala menurut pendapat yang paling awjah pula, sepertimana yang disebutkan dalam kitab Nihayah al-Muhtaj, maksud takhfif ialah tidak memanjangkan sembahyang. Oleh itu, berdasarkan pendapat ini, Imam sy-Syibramalisi Rahimahullah berpendapat bahawa bolehlah dibaca sebarang surah pendek selepas membaca surah al-Fatihah.

Pensyariatan takhfif ini adalah berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya: “Telah datang Sulaik al-Ghathafaani pada suatu hari Jumaat dan pada ketika itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam sedang berkhutbah, lalu dia (terus) duduk. Maka Baginda pun bersabda kepadanya: “Wahai Sulaik! Bangunlah dan dirikanlah sembahyang dua rakaat dan kerjakanlah ia secara ringan (ringkas)”. Kemudian Baginda bersabda lagi: “Apabila seorang daripada kamu hadir untuk (sembahyang) Jumaatpadahal imam sedang berkhutbah, maka kerjakanlah sembahyang dua rakaat dan hendaklah ia mengerjakannya secara ringan (ringkas).” (Hadits riwayat Imam Muslim)

Sembahyang Apa Yang Boleh Dikerjakan Ketika Masuk Masjid Sewaktu Khatib Sudah Naik Dan Duduk Di Atas Mimbar?

Menurut ulama, selain daripada sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid, jemaah yang barumasuk masjid ketika khatib sudah naik danduduk di atas mimbar boleh mengerjakansembahyang sunat Qabliyyah Jumaat jika iabelum dikerjakan. Maka dalam hal ini, adalahlebih utama sembahyang sunat QabliyyahJumaat itu disatukan niatnya bersama sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid dalam satu sembahyang dan dikerjakan sebanyak dua rakaat.

Jika orang itu hendak mengerjakannya dengan satu niat sahaja maka adalah lebih awla diniatkannya sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid sahaja. Ini kerana sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid akan luput jika tidak dikerjakan sebelum duduk. Adapun sembahyang sunat Qabliyyah Jumaat pula, ia masih boleh dikerjakan sekalipun selepas sembahyang fardhu Jumaat, bahkan boleh juga diqadha jika dikerjakan di luar waktu.

Selain itu, jika seseorang itu mempunyai sembahyang untuk diqadha, boleh juga dikerjakan sembahyang qadha yang jumlahnya dua rakaat seperti sembahyang qadha Subuh.

Apa yang harus diingat dalam hal ini, segala sembahyang yang dikerjakan oleh jemaah yang baru masuk masjid ketika khatib sudah naik dan duduk di atas mimbar hendaklah dikerjakan sebanyak dua rakaat sahaja. Jika dikerjakan lebih daripada itu maka ia tidak sah.

Bagaimanapun, dikecualikan dalam hal ini sekiranya orang itu ragu-ragu sama ada dia baru mengerjakan satu rakaat atau sudah dua rakaat. Dalam hal ini, sunat dia menambah satu rakaat lagi sebagai rakaat kedua kerana menurut hukum asal, dia dikira baru mengerjakan satu rakaat kerana keraguannya itu.

Demikian beberapa penjelasan mengenai orang yang datang ke masjid ketika khatibsudahpun naik dan duduk di atas mimbar.Apa yang perlu diingatkan di sini, bagi merekayang tidak ada apa-apa kesusahan ataupunhalangan untuk datang awal ke masjid bagimenghadiri perhimpunan sembahyang fardhu Jumaat, seeloknya berusaha semampu yangboleh untuk hadir sekurang-kurangnya sebelumkhatib naik dan duduk di atas mimbar. Segalaganjaran yang dijanjikan sebagaimana yangdisabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam sudah lebih daripada cukup sebagaipenggalak supaya lebih awal datang ke masjid semasa perhimpunan sembahyang fardhu Jumaat.

Jemaah yang datang lewat ke masjid semasa perhimpunan sembahyang fardhu Jumaatsehingga melewati waktu tersebut adalahorang-orang yang sangat rugi. Ini kerana paraMalaikat yang khusus bertugas mencatatkelebihan datang awal ke masjid pada hariJumaat itu menghentikan catatannya sebaiksahaja khatib naik dan duduk di atas mimbarkerana para Malaikat hendak sama-samamendengar khutbah sepertimana yang adadisebutkan dalam hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang telah dinyatakan sebelum ini.

Mereka yang datang lewat ini hanya akan tercatat dalam senarai orang-orang yang hadirmengerjakan sembahyang fardhu Jumaat semata-mata, tetapi tidak tersenarai dalamorang-orang yang mendapat kelebihanseolah-olah berkorban seekor unta atau sapiatau kambing atau lainnya sepertimana yangdinyatakan dalam hadits yang disebutkan sebelum ini.

Selain terlepas segala fadhilat datang awal ke masjid, orang-orang yang datang lewat ke masjid semasa perhimpunan sembahyang fardhu Jumaat juga adalah orang-orang yang sangat rugi kerana mereka juga terlepas daripada mendengar dan menghayati khutbah yang penuh dengan ilmu, nasihat, teguran, peringatan serta pengajaran yang penting dan berguna.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel