A+ A A-

menuju01 28012015 Teladani keintelektualan Rasulullah ketika berfikir

“DAN Kami tidak mengutus engkau (wahai Nabi Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” Surah al-Anbiya: 107

Pembentukan syaksiah dan perkembangan personaliti Muslim yang baik adalah dari segi pertuturan dan sikap individu.Walaupun terdapat perbezaan peribadi manusia namun dasar penetapannya adalah sama iaitu al-Qur’an. Masyarakat Islam perlu membina peribadi teguh dalam dunia tanpa sempadan ini kerana jikalau ilmu keagamaan tertinggal tentunya soal akhlak dan kepimpinan kucar kacir.

Untuk membina personaliti yang teguh dan dihormati hendaklah mempunyai akidah yang bersih, oleh itu ikatan hubungan yang rapat dengan Allah Subhanahu Wata’ala adalah perlu dengan mempercayai qada dan qadarNya jua. Dengan keadaan sebegini masyarakat Islam yang mempunyai akidah yang bersih akan mempunyai hati yang cekal dalam menghadapi setiap ujian yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Mutakhir ini persoalan akidah menjadi semakin kritikal apabila segelintir muslim menukar akidah dan memilih cara hidup yang bertentangan dengan didikan Islam. Isu ini haruslah ditangani dengan rapi untuk mengelakkan kecelaruan akidah.

Peribadi muslim yang baik sepatutnya mencontohi cara fikiran intelek Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam kerana salah satu sifat Rasulullah ialah cerdas dan tangkas dalam membuat keputusan disebabkan keintelektualan baginda. Setiap apa jua tindakan yang akan diambil dimulai dengan berfikir, oleh itu individu cemerlang ialah mereka yang bijaksana dan bertimbang rasa dalam membuat sesuatu keputusan. Lumrahnya, sebagai manusia kita mempunyai kecendurungan kepada yang baik dan yang buruk. Jika terdorong ke arah sesuatu yang buruk ini menunjukkan kita tidak mampu membina peribadi muslim yang intelek bahkan nafsu yang buruk itu hendaklah dilawan dengan akal pemikiran waras yang mempunyai daya juang yang tinggi. Dengan cara tu kita mampu membina peribadi muslim yang tegas dan bersandarkan ajaran al-Qur’an dan hadits.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel