A+ A A-

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Ogos.- Pusat Da'wah Islamiah (PDI) melalui Unit Kursus, Bahagian Penyebaran Dakwah memulakan Kursus Ta'lim Daerah Brunei dan Muara (DBM), iaitu Fiqh As Shalah (Sembahyang) bagi Persatuan-Persatuan DBM, bertempat di Bilik Al-Muhazzib Bangunan Darul Huda, PDI, di sini.

Seramai 50 peserta menghadiri kursus selama empat hari, bermula hari ini hingga 25 Ogos depan.

Kursus ini merupakan rancangan tahunan unit berkenaan yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan umat Islam mengenai rukun Islam, iaitu sembahyang, di samping meningkatkan kefahaman mengenai hukum-hukum sembahyang yang bersesuaian dengan Mahzab Syafie juga menghalusi bacaan dan tatacara dalam ibadah sembahyang.

220816 HJMAS2 TA LIM

KURSUS Ta'lim Daerah Brunei dan Muara (DBM), iaitu Fiqh As Shalah (Sembahyang) bagi Persatuan-Persatuan DBM dikendalikan oleh Ustaz Haji Anwari bin Haji Rawee.

Sepanjang kursus, para peserta akan didedahkan mengenai dengan pengertian dan rukun-rukun sembahyang, perkara makruh serta perbezaan lelaki dan perempuan dalam sembahyang, perkara-perkara membatalkan sembahyang, sujud sahwi, sujud syukur dan sujud tilawah, sembahyang sunat, sembahyang berjemaah, Muafiq dan Masbuq, sembahyang Jumaat, sembahyang Qasar dan Jamak, sembahyang orang sakit dan menghalusi bacaan sembahyang serta praktikal sembahyang.

Kursus dikendalikan oleh Ustaz Haji Anwari bin Haji Rawee.

Pelita Brunei sempat menemu bual salah seorang peserta, iaitu Awang Kamis bin Haji Hidup dari Majlis Perundingan Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan, berkata ini kali kedua beliau menyertai kursus Ta'lim ini, ia sangat berguna baginya juga amat penting untuk mempelajari dan menghalusi hukum-hukum sembahyang.

220816 HJMAS5 TA LIM

KURSUS Ta'lim Daerah Brunei dan Muara (DBM), iaitu Fiqh As Shalah (Sembahyang) bagi Persatuan-Persatuan DBM dikendalikan oleh Ustaz Haji Anwari bin Haji Rawee.

Menurut beliau juga, dengan adanya kursus tersebut dapatlah beliau memberikan sikit ilmu kepada keluarga dan kawan-kawan untuk kepentingan semua.

Manakala Dayang Hajah Halimah binti Dollah berkata, kursus ini amat penting bagi beliau yang sudah pencen untuk menambah ilmu pengetahuan tersebut dalam rukun-rukun sembahyang.

Beliau berkata, dengan adanya kursus ini dapatlah beliau mendalami dan mempelajari perkara-perkara seperti pengenalan sembahyang.

220816 HJMAS4 TA LIM

ANTARA peserta Kursus Ta'lim Daerah Brunei dan Muara (DBM), iaitu Fiqh As Shalah (Sembahyang) bagi Persatuan-Persatuan DBM.

Beliau menekankan agar semua tidak terkecuali warga-warga emas untuk mengikuti mana-mana kursus di Pusat Da'wah Islamiah untuk menambah ilmu-ilmu yang belum dipelajari.

Menurutnya, diharap juga agar para belia-belia yang masih menganggur diseru untuk mendalami ilmu pengetahuan mengenai rukun sembahyang juga kefahaman hukum-hakam sembahyang agar dapat dikongsikan dengan orang lain.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel