ROTTERDAM, 6 Sept. - Layang-layang diterbangkan di 11 bandar di Belanda pada Sabtu sebagai tanda solidariti bersama kanak-kanak di Gaza, lapor Anadolu Ajansi.
Acara anjuran Plant an Olive Tree Foundation itu bertujuan menarik perhatian terhadap serangan ke atas Gaza serta membantah ancaman Israel untuk mengusir penduduk Palestin dan melancarkan serangan susulan layang-layang yang diterbangkan dari wilayah itu dan mendarat di penempatan Israel berhampiran sempadan.
Di Rotterdam, peserta berhimpun di Dataran Noordereiland dan menerbangkan layang-layang sebagai tanda solidariti bersama kanak-kanak di Gaza.
Kanak-kanak dan orang dewasa menghiasi layang-layang dengan bendera dan warna Palestin serta mesej antaranya “Bebaskan Palestin” dan “Selamatkan Gaza”.
Layang-layang yang direka dalam bentuk dan warna bendera Palestin turut diterbangkan pada acara itu.
Pada akhir demonstrasi, peserta mengedarkan risalah bagi meningkatkan kesedaran orang ramai dan memberikan maklumat mengenai situasi di Gaza. - ©BERNAMA