MANILA, 15 Sept. - Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Selasa berkata 12 orang masih hilang selepas sebuah kapal penumpang terbakar di Republik Filipina pada 9 September dan jumlah yang terselamat meningkat kepada 44 orang.
Jumlah kematian yang disahkan kekal 76, menurut PCG.
Rakaman yang dikeluarkan oleh PCG menunjukkan feri penumpang itu terbakar teruk, dengan abu dan logam hangus kelihatan di tempat kejadian.
Operasi menyelamat dan siasatan sedang dijalankan.
Feri berkenaan berlepas dari Manila dan terbakar berhampiran perairan Perbandaran Coron, destinasi pelancongan terkenal.
Menurut senarai penumpang, 134 orang, termasuk 117 penumpang dan 17 anak kapal, disenaraikan di atas kapal.
Dua penumpang kemudian memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka tidak menaiki kapal.
Feri merupakan mod pengangkutan yang kerap digunakan bagi merentasi kepulauan Republik Filipina. - ©BERNAMA