Jepun bakal rombak semula sistem bebas cukai untuk pelawat asing bagi bendung penjualan semula

23 Okt 2026 - 9:19am

TOKYO, 23 Okt. - Jepun akan merombak semula sistem pembelian bebas cukai bagi pelawat asing bermula 1 November, dengan menghendaki mereka membayar cukai penggunaan terlebih dahulu dan menuntut bayaran balik semasa berlepas bagi membendung penyalahgunaan oleh pelancong yang menjual semula barangan sebelum meninggalkan negara itu, lapor Kyodo News.

Pelawat asing kini boleh membeli barangan tanpa cukai di kedai-kedai berkaitan.

Di bawah sistem bayaran balik yang baharu, mereka akan mengimbas pasport di terminal khas di lapangan terbang dan pelabuhan untuk menerima bayaran balik secara tunai atau menerusi kad kredit semasa berlepas.

Pelancong yang dipilih untuk pemeriksaan tambahan mungkin diminta mengemukakan barangan yang dibeli untuk pemeriksaan. Lapangan terbang utama juga akan menyediakan prosedur berasaskan telefon pintar bagi membantu mengurangkan kesesakan. - ©BERNAMA