Tanah runtuh di Jiangxi korbankan seorang, 11 masih hilang

6 Sep 2026 - 7:06am

NANCHANG, 5 September. - Seorang disahkan meninggal dunia manakala 11 lagi masih hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda sebuah kampung di Daerah Suichuan, Bandar Ji’an, Wilayah Jiangxi, timur Republik Rakyat China, sekitar jam 4 pagi pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan.

Menurut ibu pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau daerah berkenaan, bencana itu berpunca daripada hujan lebat berterusan selama beberapa hari yang dibawa oleh Taufan Saudel.

Tiga orang telah berjaya diselamatkan. Dua daripada mereka berada dalam keadaan stabil, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia.

Operasi mencari dan menyelamat secara menyeluruh sedang giat dijalankan. Usaha turut dilakukan untuk memindahkan penduduk yang terjejas serta mencegah berlakunya bencana susulan. - ©XINHUA