2 syarikat dikenakan denda kompaun

12 Og 2026 - 6:06am

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Daerah Brunei dan Muara

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Ogos. - Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) melalui Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan telah melaksanakan Operasi Bersih Sepadu dengan kerjasama agensi penguatkuasaan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Kastam Eksais Diraja Brunei (JKED), Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan serta Jabatan Perancang Bandar dan Desa pada 5 Ogos 2026.

Hasil daripada operasi berkenaan, JDBM telah mengeluarkan tawaran kompaun ke atas dua syarikat kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30).

Syarikat Singkong Construction Company didenda sebanyak BND2,000 atas kesalahan di Bab 12 (1) (d). Manakala Syarikat JS Aluminium Sdn. Bhd., didenda sebanyak BND2,000 atas kesalahan Bab 12 (1) (e).

Syarikat tersebut telah diarahkan untuk menjelaskan kompaun dalam masa 7 hari. Jika gagal, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian (Penggal 30) iaitu sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi BND30,000 bagi syarikat atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Pihak JDBM juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui pesanan WhatsApp ke talian +673 8321581.