Berangkat ke Kubah Makam Diraja bagi Istiadat Pemakaman

8 Okt 2026 - 8:03am

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said, Mohammad Hasif Matzin

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, hari ini, berangkat ke Istiadat Pemakaman Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di Kubah Makam Diraja, di sini.

Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah merupakan isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah telah kembali ke Rahmatullah pada Selasa, 24 Rabiulakhir 1448 Hijrah bersamaan 6 Oktober 2026 Masihi, pukul 5.43 petang.

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Menteri di JPM dan isteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan isteri.

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah serta kerabat diraja yang lain.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri; Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Manteri-manteri Pedalaman dan para pegawai kanan kerajaan.

Istiadat mengiringi jenazah Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah melibatkan Alat-alat Kebesaran Diraja sepanjang perjalanan ke makam persemadian di Kubah Makam Diraja.

Bacaan Tahlil dan Doa Tahlil dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar, manakala Talkin pula dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha kemudian menjirus ‘Aying Asah-Asahan’ ke atas Makam Al-Marhumah Yang Teramat Mulia.

Juga turut mejirus ‘Aying Asah-Asahan’ ke atas Makam Al-Marhumah YTM ialah paduka-paduka anakanda dan adinda serta kerabat diraja yang lain. Berikutan kemangkatan Al-Marhumah YTM, Naubat ditutup selama 14 hari bermula dari 24 Rabiulakhir 1448H bersamaan dengan 6 Oktober 2026M.

Mari kita sama-sama mendoakan semoga Allah Subhanahu Wata’ala mengampuni dosa, menerima amal ibadah dan menempatkannya di tempat terbaik di sisi-Nya bersama para Syuhada.