Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 26 Oktober. - Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2026 yang dikendalikan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri akan berakhir pada 1 November 2026.KTK 2026 dijalankan di bawah Akta Perangkaan, Penggal 81 dari Undang-undang Negara Brunei Darussalam.
JPES ingin memberikan jaminan kepada semua isi rumah terpilih yang diliputi dalam kajian ini bahawa maklumat yang dikumpulkan akan disimpan sulit dan akan digunakan bagi keperluan perangkaan sahaja. Menurut Seksyen 9 Akta Perangkaan, kegagalan atau keengganan untuk memberikan maklumat yang diperlukan atau memberikan maklumat palsu adalah menjadi satu kesalahan yang membawa hukuman denda sebanyak BND4,000.
Justeru, sokongan dan kerjasama semua keluarga / isi rumah terpilih semasa KTK 2026 adalah sangat diharapkan bagi sama-sama menjayakan kajian ini.
Sebarang pertanyaan mengenai KTK 2026 bolehlah menghubungi menerusi talian +673 7469844 (Isnin hingga Khamis dan Sabtu, pukul 7.45 pagi - 4.30 petang) atau e-mel ke labourforce.survey@jpes.gov.bn atau melayari laman sesawang di www.deps.gov.bn.