Majlis Khatam Al-Quran raikan 131 penuntut Tahun 11 SM SMJA

26 Jul 2026 - 6:51am

Oleh : Marlinawaty Hussin

Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

BANDAR SERI BEGAWAN,

Sabtu, 25 Julai. - Seramai 131

penuntut Tahun 11 Sekolah

Menengah Sultan Muhammad

Jamalul Alam (SM SMJA)

diraikan pada Majlis Khatam

Al-Quran yang berlangsung di

Dewan Puteri, Sekolah Tinggi

Perempuan Raja Isteri (STPRI),

di sini petang tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat

ialah Pengerusi Persatuan Ibu

Bapa dan Guru-Guru SM SMJA,

Awang Rosdin bin Haji Abd Aziz.

Majlis dimulakan dengan

bacaan Surah Al-Fatihah

beramai-ramai yang diketuai oleh

tetamu kehormat, diikuti dengan

bacaan ayat-ayat lazim Al-Quran

oleh penuntut yang diraikan.

Majlis disusuli dengan bacaan

Takhtim, Doa Khatam, Dikir

Marhaban dan seterusnya

penyampaian sijil kepada para

penuntut.

Majlis Khatam al-Quran

tersebut merupakan aktiviti

tahunan SM SMJA yang lazimnya

diadakan bagi para penuntut

yang bakal menduduki

Peperiksaan GCE ‘O’ Level.

Ia diungkayahkan oleh

Jabatan Pengetahuan Ugama

Islam dan Bahasa Arab berserta

guru-guru dan kakitangan SM

SMJA.

Majlis ini juga melibatkan

beberapa orang pelajar daripada

Tahun 9 dan 10 yang ditugaskan

selaku pengiring bersama

pembaca Dikir Marhaban dan

bacaan Takhtim.

Majlis berkenaan merupakan

kesinambungan daripada

pelajaran Al-Quran yang

dijalankan satu ‘period’ setiap

minggu pada sesi persekolahan

bermula sewaktu mereka berada

di Tahun 9.

Ia bertujuan mendekatkan

para penuntut dengan Al-Quran,

membudayakan amalan

membaca Al-Quran setiap hari

serta memupuk minat mereka

untuk terus mendalami isi

kandungan dan penghayatan

Al-Quran.

Objektif majlis tersebut adalah

untuk menarik minat penuntut

membaca serta berusaha

menghabiskan dan

mengkhatamkan bacaan 30

Juzuk al-Quran, di samping

menggalakkan penyertaan

mereka dalam pelbagai program

dan aktiviti keagamaan.

Selain itu, majlis ini juga

bertujuan meningkatkan

keyakinan penuntut terhadap

bacaan Al-Quran serta

mendorong mereka untuk terus

mendalami ilmu tajwid.