Peluang sertai Kempen Derma Darah

25 Og 2026 - 7:04am

Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 24 Ogos. - Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, akan mengadakan Kempen Derma Darah. Orang ramai adalah diseru untuk menyertai kempen tersebut dan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini.

Kempen Derma Darah akan diadakan pada Rabu, 26 Ogos 2026 bertempat di Tingkat Satu, Aman Hills Shopping Centre, Jalan Aman, Kampung Manggis anjuran Aman Hills Shopping Centre bermula pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Sementara itu, pada Khamis, 27 Ogos 2026, kempen akan diadakan di Kawasan Lobi, Setia Point Shopping Mall, Jalan Komersial Jaya Setia, Berakas anjuran Wasan Milling Company bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan disambung semula pada pukul 1.00 petang hingga 3.00 petang.

Pada Sabtu, 29 Ogos 2026, kempen akan diadakan di Kawasan Lobi, Setia Point Shopping Mall, Jalan Komersial Jaya Setia, Berakas anjuran Wasan Milling Company bermula pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Saleha (RIPAS) untuk menderma darah pada hari-hari bekerja bermula pukul 8.00 hingga 11.30 pagi dan pukul 1.30 hingga 4.00 petang. Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi Kempen Derma Darah adalah sangat digalakkan.