Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Ogos. - Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa bagi Jun 2026, beberapa premis makanan di negara ini telah diluluskan dan diberikan Sijil Halal dan/atau Permit, sama ada bagi Permohonan Baharu atau Permohonan Membaharui oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).
Permohonan Baharu Sijil Halal dan Permit yang diluluskan adalah seperti berikut, iaitu Sijil Halal sebanyak 10 permohonan. Sementara Permohonan Membaharui Sijil Halal dan Permit yang diluluskan adalah seperti berikut, iaitu Sijil Halal sebanyak 13 permohonan dan permit sebanyak satu permohonan.
Berikut adalah senarai premis makanan yang telah diluluskan dan diberikan Sijil Halal dan/atau Permit oleh MUIB, sama ada bagi bagi Permohonan Baharu atau Permohonan Membaharui.
Senarai premis bagi Permohonan Baharu Sijil Halal ialah RPM Coffee; Q&K Enterprise; Haveli Restaurant and Catering Services; Bake Culture Enterprise, Cawangan Batu Bersurat; Mytown Kopi (Fka: Mytown Cafe) Cawangan Panaga; Mytown Kopi (Fka: Mytown Cafe) (Cawangan Brunei International Airport); K Rose Kitchen; 3-Amg Company (Al Cha) (Cawangan Seria); Royalrvs Café; dan Roti Culture Cafe (Cawangan Delima).
Manakala premis bagi Permohonan Membaharui Sijil Halal ialah Ideal Food Industries Sdn. Bhd. Cawangan Lambak 'A'; Ideal Food Industries Sdn. Bhd. Cawangan Goodwood Gadong; Dapur Rasa Sayangku (Fka: Restoran Wywy) (Cawangan Tutong); K'rul Sanesha Restaurant Cawangan Belait; Mah Osai Restaurant and Catering Services; Kerteni Restaurant and Catering Services; Golden Coffee Restaurant and Catering; Gripps Cafe (Gong Cha) (Cawangan Jerudong); Gripps Cafe (Gong Cha) (Cawangan Kiulap); Gripps Cafe (Gong Cha) (Cawangan Kianggeh); Ideal Food Industries Sdn. Bhd. Cawangan Mentiri; Restoran Haji K.K. Koya dan Anak-Anak, Cawangan Delima; dan Keboys Enterprise.
Sementara premis bagi Permohonan Membaharui Permit ialah Lau Thin Yu Foodstuff.
Bagi senarai lengkap premis makanan di seluruh negara yang telah diberikan Sijil Halal atau Permit MUIB, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang rasmi KHEU 'www.mora.gov.bn' atau Instagram Bahagian Kawalan Makanan Halal '@halal.bn' dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian melalui WhatsApp +673 7103111 atau e-mel kepada 'Bkmh@mora.gov.bn'.