Siaran Akhbar dan Foto : Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Asia Ke-20, 2026
NAGOYA, JEPUN, Jumaat, 18 September. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Olympic Council of Asia Honorary Executive Board Member dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi menyaksikan latihan atlet wusyu negara di Aichi Perfectural Martial Arts Hall, pada Sukan Asia Ke-20 Tahun 2026 (20th Asian 2026), di Aichi-Nagoya, Jepun.
Sementara itu, atlet karate negara, iaitu Awangku Ahmad Munib Aiman Pengiran Haji Md. Hasimudin juga sedang menjalani latihan di Toyokawa Gymnasium. Latihan berkenaan bagi persiapan awal beliau yang akan menyertai sukan karate Kategori Men's Kumite 55 kilogram.