Berkenan berangkat ke Villa Garden Pier

19 Sep 2026 - 8:00am

Siaran Akhbar dan Foto : Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Asia Ke-20, 2026

NAGOYA, JEPUN, Jumaat, 18 September. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Olympic Council of Asia Honorary Executive Board Member dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke salah satu penginapan rasmi Sukan Asia Ke-20 Tahun 2026 (20th Asian 2026), iaitu Villa Garden Pier yang menempatkan kontinjen Negara Brunei Darussalam.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dijunjung oleh Chef de Mission (CDM), Dayang Nur Iffah Natasha Sofea binti Abdullah.

Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan mengurniakan sabda nasihat dan kata-kata semangat kepada atlet  karate negara agar lebih berkeyakinan, fokus terhahap perlawanan nanti serta menghargai peluang berharga untuk beraksi di kejohanan sukan yang berprestij berkenaan.

Temasya Sukan Asia Ke-20, Aichi-Nagoya 2026 akan berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.