Oleh : Aimi SaniFoto : Mohammad Hasif Matzin
BERAKAS, Ahad, 25 Oktober. - Empat peserta negara berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Bandaraya Se-Borneo (MTQBB) Tahun 1448 Hijrah / 2026 Masihi yang akan diadakan pada 26 hingga 29 Oktober 2026 di Kuching, Sarawak, Malaysia.
Dua peserta akan menyertai Kategori Tilawah iaitu Awang Haji Hazwan bin Haji Salim dan Dayang Nurhaneyah binti Nordin. Sementara itu, dua peserta lagi akan menyertai Kategori Hafazan iaitu menghafaz juzuk 1 hingga 15.
Mereka ialah Awang Abdul Hadi Muaiyyad bin Haji Azrol, pelajar Tahun 1, Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) dan Dayang Atiqah Munirah binti Haji Muamat, pelajar Tahun 2, Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat, ITQSHHB.
Awang Abdul Hadi Muaiyyad bin Haji Azrol pernah menyertai Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1447H / 2025M dalam Kategori ‘D’ (1 hingga 15 juzuk).
Sementara itu, Dayang Atiqah Munirah binti Haji Muamat pernah memperoleh tempat ketiga dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1447H / 2025M bagi Kategori ‘C’ (1 hingga 4 juzuk).
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlepas kepada rombongan tersebut ialah Ketua Bahagian KemajuanSyi’ar Islam, Awang Haji Aziman bin Haji Azman; Pengetua ITQSHHB, Pengiran Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit dan Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil.
Rombongan tersebut turut disertai oleh Awang Haji Zunaidi bin Haji Abdul Rahman selaku Pengurus Rombongan; Awang Muhammad Adlan Aziz bin Haji Yussop selaku Jurulatih Hafazan; Dayang Siti Huzaimah Yadey binti Haji Rosli selaku Jurulatih Tilawah dan Dayang Hajah Nor Ismah Fatin Faridah binti Haji Rosbna selaku Pegawai Pengiring Qariah.